TANAH MERAH, 19 Julai - Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Seri Mohd Shariff Omar mengakui kerajaan Kelantan sentiasa memberi kerjasama yang baik terhadap setiap program dijalankan di bawah kementeriannya.
Katanya, kerajaan negeri terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) sering membantu melancarkan setiap program yang diadakan di negeri ini. "Kerajaan negeri tiada masalah dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan Pusat, misalnya kerajaan negeri memberi kerjasama ketika kempen Bumi Hijau dilancarkan di Pasir Tumbuh baru-baru ini. Selain itu menyediakan tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Lojing. "Dengan kerjasama yang cukup padu ini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah berjaya meningkatkan bilangan pasar tani di Kelantan," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Pasar Tani Mega di sini, baru-baru ini. Menurutnya juga, beberapa perancangan sedang dibuat dengan PBT di negeri ini untuk mengenalpasti lokasi strategik sebagai tapak baru pasar tani. Beliau berkata, adalah diharap dengan kewujudan lebih banyak pasar tani dan pasar tani mega ia akan memberi lebih peluang kepada petani di kampung-kampung memasarkan hasil pertanian mereka. Sehingga kini Fama mewujudkan sebanyak 26 buah Pasar Tani Mega di seluruh negara dan Pasar Tani Mega Tanah Merah merupakan yang ke-27. Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Adun Bukit Panau, Abdul Patah Mahmood, Pengerusi Fama, Dato' Abdul Rahim Bakri dan anggota Parlimen Tanah Merah, Ir Sha'ari Hasan.//hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
