TUMPAT, 19 Julai - Kerajaan negeri bercadang memperluaskan program 
pembangunan Ladang Rakyat bagi membolehkan lebih ramai rakyat miskin 
mendapat manfaat melalui dividen yang disalurkan setiap bulan. 
Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri 
akan mengenal pasti tanah yang sesuai bagi membesarkan program Ladang 
Rakyat untuk menambah lagi jumlah penerimanya pada masa akan datang.

"Kita sebenarnya sudah berusaha melalui pelbagai cara untuk 
memastikan rakyat di negeri ini dapat dibantu untuk menjalani 
kehidupan yang lebih selesa.

"Program ini dijalankan tanpa ada kaitan dengan mana-mana agensi 
bantuan yang lain. Penerima bantuan diharap menggunanya sebagai modal 
bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan," katanya di majlis 
penyampaian sijil dan dividen program Pembangunan Ladang Rakyat 
peringkat Parlimen Tumpat, di sini baru-baru ini.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pemberian sijil dan 
dividen itu membuktikan kerajaan negeri tidak melepaskan begitu 
sahaja tanggungjawab terhadap rakyat.

Seramai 100 menerima dividen tersebut iaitu sebanyak RM200 seorang. 
Dividen berkenaan disampaikan setiap tiga bulan sekali. Turut hadir 
pada majlis berkenaan Pengarah Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Najmi 
Ghazali Azmi.//Hrkh
 

 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke