KOTA BHARU, 19 Julai - Seramai 32 mangsa ribut di tiga kampung di 
kawasan Dewan Undangan Negeri Salor menerima bantuan awal daripada 
anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa petang semalam.

Mereka terdiri daripada penduduk di Kampung Gertak Lembu, Gaung dan 
Lubok Jambu yang dilanda ribut pada petang 14 Julai lalu.

Oleh itu Husam berharap setiap mangsa bersabar menempuh segala dugaan 
yang datang kerana ia adalah ujian dari Allah.

"Segala yang belaku ini adalah dugaan dan ujian dari Allah kepada 
hambaNya. Allah menurunkan ujian dalam berbagai bentuk antaranya 
ribut, kebakaran, kesusahan dan kesenangan," ujarnya berucap di 
majlis tersebut.

Setiap mangsa ribut berkenaan menerima antara RM400 sehingga RM1,000 
mengikut kerosakan yang dialami. Selain itu, mangsa juga dijangka 
menerima bantuan Tabung Serambi Mekah tidak lama lagi.

Sebelum itu, seramai 20 mangsa ribut di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas, 
juga menerima bantuan kerajaan negeri yang melibatkan keseluruhan 
peruntukan sebanyak RM5,000.//Hrkh

 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke