KOTA BHARU: Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengesahkan 40 keluarga setinggan yang membina rumah atas tanah miliknya di Kampung Baru Limau Manis, Jalan Hamzah dekat sini, bersetuju mengosongkan tapak berkenaan tanpa sebarang masalah.
Ketua Sektor Hartanah PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menerusi kenyataan yang difakskan kepada Harian Metro berkata, tinjauan pihaknya pada 16 Julai lalu mendapati kebanyakan penduduk sudah mula membuat persediaan untuk berpindah ke tempat lain. "Ini bermakna tidak wujud keresahan di kalangan penduduk kerana kebanyakan mereka setuju berpindah. "Selain itu, tiada ketegangan berlaku memandangkan mereka juga bersetuju dengan tawaran pampasan itu," katanya. Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan 53 keluarga setinggan yang menetap di atas tanah milik PMBK itu berada dalam keadaan resah berikutan kediaman mereka dirobohkan bagi tujuan pembangunan. Selain itu, penduduk juga resah berikutan tiada penempatan baru selepas kawasan yang didirikan sejak 1959 itu dirobohkan. Difahamkan, kawasan terbabit akan dibangunkan bagi membina kondominium dan hotel yang dikenali Kondutel Muhajirin yang mempunyai kira-kira 226 bilik di Kampung Baru Limau Manis, Jalan Hamzah, dekat sini. Abdul Ariffahmi berkata, wang sagu hati akan diberikan pemaju melalui peguam yang dilantik sebagai bayaran kepada penduduk mencari rumah sewa atau rumah sendiri di kawasan lain. Katanya, rumah yang dirobohkan akan dibersihkan pemaju tanpa membabitkan bayaran daripada penduduk. "Pemaju akan menyediakan pengangkutan percuma kepada penduduk bagi menampung kos perpindahan dan pemunggahan barangan mereka ke tempat baru. "Bayaran pampasan jauh lebih tinggi daripada nilai sebuah rumah yang diduduki kerana ia sudah mengambil kira tanggungjawab sosial yang perlu dipikul PMBK selaku agensi kerajaan negeri. "Pengiraan wang pampasan mengikut formula biasa yang digunakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan," katanya.//HMetro 20/7/06 laporan semalam... Re: Kelantan: Ke mana kami nak pergi kalau rumah dirobohkan? --- In [email protected], abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >> > > PINDAH: Anak-anak penduduk membawa keluar barangan > dari rumah mereka berikutan notis merobohkan kampung > tersebut oleh Kerajaan Pas Negeri Kelantan. > > Penduduk setinggan Kampung Baru Limau Manis minta kerajaan Kelantan beri rumah panjang sebagai ganti rumah dirobohkan > > KOTA BHARU: "Kami bukan menolak pembangunan tetapi ke mana kami harus pergi jika rumah yang didiami sejak 40 tahun lalu, terpaksa dikosongkan dan dirobohkan," demikian rintihan setinggan Kampung Baru Limau Manis, Jalan Hamzah di sini, baru-baru ini. > > Malah, penduduk turut merayu supaya diberikan penempatan seperti rumah panjang bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru. > > Ketika ini, kerajaan negeri berjanji hanya akan membayar sagu hati antara RM300 hingga RM12,000 bagi penyewa dan pemilik rumah selepas mengosongkan rumah di kampung itu mengikut keluasan dan kualiti rumah. > > Difahamkan, kawasan tanah itu akan dibangunkan dengan kondominium dan hotel, dikenali sebagai Kondotel Muhajirin oleh Kerajaan Pas Kelantan menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta. > > Tukang cuci pakaian, Mariam Awang, 80, berkata beliau menerima notis pengosongan rumahnya serta dijanjikan sagu hati RM2,400 jika rumahnya dirobohkan sendiri dan jika gagal mengosongkan rumah, tindakan mahkamah akan dikenakan. > > "Ke mana makcik nak pergi. Makcik tiada rumah lain untuk menumpang teduh. Inilah rumah sejak 1960 dan anak-anak juga tinggal bersama," katanya yang mengambil upah membasuh baju dengan harga RM3 hingga RM5 sehari, jika ada orang menghantar pakaian. > > Pesara tentera, Che Soh Ali, 68, merayu kepada kerajaan negeri supaya menyediakan penempatan semula bagi mereka kerana hampir semua 53 penduduk tiada rumah lain. > > "Sagu hati yang diberi tidak mencukupi untuk menyewa rumah di tempat lain apatah lagi membeli rumah yang sempurna. Saya tinggal di sini sejak remaja lagi. > > "Dengan duit pencen RM300 sebulan pun hanya cukup makan, inikan pula nak menyewa," katanya yang turut mempunyai seorang anak yang cacat anggota dan seorang lagi mengalami gangguan mental. > > Peniaga, Samsudin Hashim, 44, berkata mengikut sejarah, tapak tanah kampung itu dimiliki seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Syed Salleh. > > Katanya, tanah ini disewa oleh penduduk sejak turun temurun, sebelum dimiliki Kerajaan Pas Kelantan menerusi PMB dan semua penduduk sudah diberi notis supaya mengosongkan rumah pada 16 Julai lalu. > > "Kami merayu supaya diberi penempatan baru. Rumah panjang pun kami tidak kisah asal ada tempat berteduh," katanya. > > Sementara itu, Setiausaha PMBK, Nik Mohd Azlan Ab Hadi, berkata semua penduduk dengan rela hati menandatangani surat pengosongan rumah mereka selepas rundingan dijalankan beberapa kali sejak tahun lalu. > > "PMBK mengeluarkan surat tawaran dan penduduk bersetuju untuk pindah, malah mereka juga diberi sagu hati. > > "Daripada 53 rumah itu, 14 disewa penduduk dan kita beri sagu hati antara RM300 hingga RM500 bagi membolehkan mereka mencari rumah lain, manakala pemilik rumah diberi sagu hati antara RM1,500 hingga RM12,000 mengikut keluasan rumah," katanya. > > Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu sagu hati tidak mencukupi dan mereka juga boleh membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan rumah lain. > > "Kami difahamkan ada juga penduduk di kampung itu sudah mempunyai rumah di tempat lain," katanya. > > FAKTA > > Setinggan Kampung Baru Limau Manis > > Wujud sejak 1959 > > Keluasan 1.2 hektar > > 53 buah rumah > > Lokasi di Jalan Hamzah > > Cadangan pembangunan, Kondominium dan hotel (Kondotel) 226 unit > > Sagu hati kepada setinggan, RM1,500-RM12,000. > //Bharian 19 Julai > > Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
