GUA MUSANG: Belia Orang Asli kini dikesan terdedah menjadi `kaki botol' berikutan gejala meminum minuman keras yang semakin berleluasa di perkampungan mereka.
Gejala yang pada mulanya hanya untuk suka-suka, kini masalah serius kerana golongan itu menjadi ketagih. Perkara berkenaan didedahkan Ahli Dewan Negara, Senator Osman Bungsu yang menyatakan kebimbangannya terhadap gejala negatif itu sejak kebelakangan ini. Menurutnya, belia Orang Asli didapati mula terdedah kepada minuman keras apabila sering diberikan secara percuma oleh orang luar yang bertandang ke kampung mereka sebelum ini. Bagaimanapun, katanya berikutan terlalu kerap `disuap' dengan minuman itu, mereka menjadi ketagih dan terpaksa membelinya sendiri apabila bekalan yang dibawa orang luar habis. "Saya agak bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini dan meminta belia Orang Asli tidak mudah terpengaruh gejala itu kerana ia boleh merosakkan kesihatan. "Banyak kesan sampingan dan perkara buruk boleh berlaku dan diharapkan mereka boleh meninggalkan tabiat buruk itu sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis Mesra Pemimpin Bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, anjuran Bahagian Keselamatan Negara, Negeri Kelantan di Pos Hendrop, dekat sini, semalam.//HMetro 20 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
