BACHOK: Seorang petani terkejut apabila bau busuk yang disangka bangkai lembu sebenarnya mayat seorang wanita reput berhampiran kebun sayurnya di Kampung Neman, Tangok, dekat sini, petang kelmarin.
Mohamed Setapa, 29, sedang berada di kebun sayurnya dan terhidu bau busuk dari sekitar kawasan berkenaan, kira-kira jam 6.20 petang. Berikutan itu, dia meninjau kawasan berkenaan untuk mencari punca bau itu sebelum ternampak satu objek yang sudah kehitaman kira-kira 20 meter dari kebunnya. "Apabila menghampirinya, saya dapati ia adalah mayat manusia yang sudah reput dan berulat. "Patutlah bau busuknya amat berlainan dan pelik sekali. Saya sendiri tidak pernah menghidu bau busuk seperti itu," katanya. Menurut Mohamed, mayat itu berada dalam keadaan tertiarap dan hanya memakai kain manakala kesan darah berhampirannya juga kelihatan sudah kering. "Saya tidak mampu menatap wajahnya kerana keadaan mayat itu sungguh ngeri kerana dipercayai sudah beberapa hari berada di situ. "Selepas itu, saya terus menghubungi seorang anggota polis yang juga rakan sekampung untuk tindakan lanjut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nazely Mohd Said, berkata pihaknya yang mendapat laporan mengenai kejadian itu kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan. Katanya, siasatan awal dipercayai mayat terbabit adalah seorang wanita kerana memakai kain sama seperti yang dipakai bersama baju kurung. Mayat wanita terbabit dipercayai berusia lewat 20-an berdasarkan rambutnya yang belum beruban dan agak panjang dan dipercayai dibuang di kawasan berkenaan kira-kira seminggu lalu. "Daripada siasatan awal kami tidak menolak kemungkinan mayat dijumpai di kawasan semak itu adalah mangsa bunuh di tempat lain dan dibuang di situ kerana kedudukannya yang jauh dari jalan besar. "Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan masih menunggu laporan bedah siasat pakar perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Nazely berkata, pihaknya juga sudah melaporkan penemuan mayat itu kepada sebuah keluarga di Tawang, dekat sini, yang pernah melaporkan kehilangan anak perempuan mereka, kira-kira seminggu lalu. "Bagaimanapun, selepas keluarga terbabit membuat pengecaman mayat, mereka mengatakan mayat itu bukan anak mereka kerana kain yang dipakai tidak sama dengan pakaian yang dipakai anak mereka yang hilang. "Oleh itu, polis berharap jika ada sesiapa kehilangan ahli keluarga segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok di 09- 7788222 untuk membantu siasatan," katanya. //HMetro 20 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
