KOTA BAHARU, 20 Julai - Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi majlis penutup Fiesta Citarasa Malaysia yang akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini mulai 25 Julai hingga 5 Ogos ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Abdul Ghafar A. Tambi berkata majlis penutup fiesta itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Donald Lim Siang Chai pada 29 Julai ini. Fiesta itu antara lain mempamerkan beraneka jenis makanan serta memperkenalkan buah-buahan tempatan eksotik untuk dinikmati oleh para pelancong asing dan tempatan, katanya selepas mempengerusikan jawatankuasa induk penutupan rasmi fiesta itu di sini hari ini. Katanya fiesta itu juga menggalakkan integrasi sosial di kalangan masyarakat melalui keunikan budaya keluar makan bersama-sama. Selain menikmati pelbagai juadah dan pertunjukan kebudayaan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Anuar Zain dan Jay Sham.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
