KOTA BHARU: Isteri yang gagal melayan suami, termasuk memberi kepuasan seks, juga boleh dianggap sebagai melakukan penderaan dan penganiayaan kepada pasangan mereka.
Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata dalam rumah tangga, penderaan bukan setakat boleh berlaku terhadap wanita atau isteri, sebaliknya suami atau lelaki juga boleh menjadi mangsa. "Undang-undang Islam bukan saja melindungi wanita tetapi turut melindungi lelaki. Isteri yang tidak melayani suami, termasuk gagal memberi kepuasan seks, boleh dianggap mendera atau menganiayai suami. "Isteri itu boleh didakwa mengikut Seksyen 128 (1) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam 2002 Negeri Kelantan, yang sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua- duanya. "Tetapi setakat ini, tiada kes yang membabitkan suami tampil membuat laporan dan mengadu yang isteri gagal memberi layanan seks kepada mereka, walaupun berhak dan boleh berbuat," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan seksyen baru yang akan diperkenalkan dalam Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, dalam kenyataannya dilaporkan sebagai, berkata seseorang suami yang mencederakan isterinya, walaupun hanya dari segi mental, termasuk menyebabkan stres atau tekanan bagi mendapatkan hubungan seks boleh didakwa dan dipenjara tidak melebihi lima tahun. Radzi berkata, tindakan terhadap suami itu boleh diambil mengikut Seksyen 375A iaitu satu seksyen baru yang diperkenalkan mengikut rang undang-undang itu. Mohamad Shukri berkata, Seksyen 128(1) enakmen itu turut dikuatkuasakan terhadap suami yang sengaja menganiaya isteri bukan setakat mendera fizikal tetapi merangkumi perbuatan meninggalkan mereka tanpa khabar berita. "Penganiayaan terhadap isteri seperti meninggalkan isteri tanpa mempedulikan mereka serta suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil dalam membuat giliran kepada isteri-isterinya. "Ayat 19 Surah An-Nisa bermaksud, bergaullah kamu dengan isteri- isteri kamu dengan cara pergaulan yang semesra-mesranya dan sebaik mungkin (sebagai pasangan suami isteri)," katanya./BHarian ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
