TUMPAT: Seorang ibu tunggal terpaksa mengambil upah menyiang ikan 
sehingga jarinya dipenuhi luka akibat terkena sisik bagi menyara tiga 
anaknya yang masih bersekolah.

Kesengsaraan ibu tunggal itu bertambah teruk apabila terpaksa 
menanggung seorang lagi anaknya yang cacat kedua-dua kakinya akibat 
terjatuh daripada kereta api lapan tahun lalu di Kampung Bukit Panau, 
dekat Pasir Mas.

Ibu tunggal terbabit, Nik Aseh Nik Min, 58, berkata dia terpaksa 
mencari rezeki bagi menyara lapan anaknya termasuk dua cucu yang 
tinggal bersama di rumah usang di Kampung Genong, Palekbang, dekat 
sini.

Menurutnya, rumah tinggalan arwah suaminya yang uzur itu terpaksa 
dikongsikan bersama enam anak yang berusia 10 hingga 25 tahun serta 
dua cucu walaupun kekurangan kemudahan air bersih serta bekalan 
elektrik akibat dipotong hampir sebulan lalu kerana gagal membayar 
bil yang tertunggak.

"Setiap kali ingin memasak, saya sekeluarga terpaksa berjalan ke 
masjid berhampiran kira-kira 500 meter dari rumah untuk memunggah 
bekalan air bersih dengan menggunakan baldi.

"Kami tidak menggunakan air telaga di rumah kerana dipenuhi berudu 
serta airnya keruh," katanya.

Menurutnya, dia menyara keluarga dengan mengambil upah menyiang ikan 
dan membuat serunding.

Katanya, Nik Aseh dibayar RM5 bagi menyiang ikan untuk setiap tong 
seberat 50 kilogram, manakala dia dibayar RM7 bagi setiap sekilogram 
serunding.

Nik Aseh berkata, pendapatan hariannya tidak menentu kerana dia 
dibayar mengikut kerja yang dilakukan.

"Walaupun jauh saya terpaksa menggagahkan diri kerana ingin menyara 
keluarga bagi mencari sesuap nasi setiap hari," katanya. 

Menurutnya, dia mengakui turut mendapat bantuan daripada Jabatan 
Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 tetapi jumlah itu agak kecil bagi 
menyara keluarganya.

"Saya terpaksa berusaha kerana ingin memberi wang saku kepada dua 
anak yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut dan Sekolah 
Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut.

"Kadang-kadang saya tidak mampu menyediakan wang saku kepada anak 
kerana tidak mempunyai duit dan mereka terpaksa berlapar," 
katanya.//HMetro  
      






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke