Cerita ini adalah tentang sebuah keluarga di Kg. Gerong iaitu salah 
sebuah kampung yang tidak jauh daripada kg tempat tinggal saya di 
Kok Pasir. Ia terletak di luar sikit dari mukim Kok Pasir( Mukim kok 
pasir 3 buah kampung iaitu kok pasir, Hutan Jambu dan Kg. Belian).  
Bagaimanapun saya kenal rumah yang dimaksudkan walaupun tidak kenal 
secara langsung keluarga tersebut.

Air yang dimaksudkan mungkinnya diambil dari madrasah Kg. Gerong 
yang terletak tidak berjauhan dari situ. 

Mengikut sdr. Roslan Ismail, memang benar elektrik di rumah ini 
dipotong suatu ketika kerana gagal membayar tunggakan. Sekarang tak 
pasti rumah itu ada bekalan elektrik atau tidak. 

Ediramle


--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> itulah peranan kita...sebagai check and balance, peranan kita utk 
> perbetulkan keadaan sekiranya ada yg diragui kebenaranya..
> 
> 
> --- In [email protected], "Syed" <syed_a@> wrote:
> >
> > Biasala berita mengenai kelantan ada sikit tokok tambah. Itu  utk
> > menyedapkan cerita. Lgpun , maklumlah kwsan pembangkang.
> > 
> >  
> > 
> > Anak kelate (P.Jaya).
> > 
> >   _____  
> > 
> > From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
On 
> Behalf Of
> > jack smile
> > Sent: Friday, July 21, 2006 10:40 PM
> > To: [email protected]
> > Subject: Re: [perakan] Kelantan: Guna air masjid untuk masak
> > 
> >  
> > 
> > Saya agak sangsi dgn berita ni. Saya berasal dr Kg
> > Laut tapi tidak pernah mendengar nama Kg Genong,
> > mungkin kesilapan ejaan iaitu Kg Gerong (salah satu kg
> > yg terletak di kawasan Kg Laut). Tapi kalau betul Kg
> > Gerong, tidak mungkin utk ibu tunggal ini menggunakan
> > kemudahan air masjid kerana masjid terdekat dgn Kg
> > Gerong adalah Masjid Kg Laut yg jauhnya kira2 setengah
> > atau satu km dan satu lagi adalah masjid Sg Pinang yg
> > jaraknya lebih kurang 1 km dr Kg Gerong.
> > 
> > Satu hal lagi ialah takkanlah tiada perigi jiran2
> > terdekat utk digunakan. Kawasan Kg Laut dan kg
> > sekitarnya adalah kawasan yg padat dgn penduduk, tidak
> > mungkin ibu tunggal ini tinggal berjauhan dgn
> > penduduk2 yg lain. Lainlah kalau ada yg memulaukannya.
> > 
> > --- abuhafizd <[EMAIL PROTECTED] <mailto:abuhafizd%40yahoo.com> 
com> 
> wrote:
> > 
> > > TUMPAT: Seorang ibu tunggal terpaksa mengambil upah
> > > menyiang ikan 
> > > sehingga jarinya dipenuhi luka akibat terkena sisik
> > > bagi menyara tiga 
> > > anaknya yang masih bersekolah.
> > > 
> > > Kesengsaraan ibu tunggal itu bertambah teruk apabila
> > > terpaksa 
> > > menanggung seorang lagi anaknya yang cacat kedua-dua
> > > kakinya akibat 
> > > terjatuh daripada kereta api lapan tahun lalu di
> > > Kampung Bukit Panau, 
> > > dekat Pasir Mas.
> > > 
> > > Ibu tunggal terbabit, Nik Aseh Nik Min, 58, berkata
> > > dia terpaksa 
> > > mencari rezeki bagi menyara lapan anaknya termasuk
> > > dua cucu yang 
> > > tinggal bersama di rumah usang di Kampung Genong,
> > > Palekbang, dekat 
> > > sini.
> > > 
> > > Menurutnya, rumah tinggalan arwah suaminya yang uzur
> > > itu terpaksa 
> > > dikongsikan bersama enam anak yang berusia 10 hingga
> > > 25 tahun serta 
> > > dua cucu walaupun kekurangan kemudahan air bersih
> > > serta bekalan 
> > > elektrik akibat dipotong hampir sebulan lalu kerana
> > > gagal membayar 
> > > bil yang tertunggak.
> > > 
> > > "Setiap kali ingin memasak, saya sekeluarga terpaksa
> > > berjalan ke 
> > > masjid berhampiran kira-kira 500 meter dari rumah
> > > untuk memunggah 
> > > bekalan air bersih dengan menggunakan baldi.
> > > 
> > > "Kami tidak menggunakan air telaga di rumah kerana
> > > dipenuhi berudu 
> > > serta airnya keruh," katanya.
> > > 
> > > Menurutnya, dia menyara keluarga dengan mengambil
> > > upah menyiang ikan 
> > > dan membuat serunding.
> > > 
> > > Katanya, Nik Aseh dibayar RM5 bagi menyiang ikan
> > > untuk setiap tong 
> > > seberat 50 kilogram, manakala dia dibayar RM7 bagi
> > > setiap sekilogram 
> > > serunding.
> > > 
> > > Nik Aseh berkata, pendapatan hariannya tidak menentu
> > > kerana dia 
> > > dibayar mengikut kerja yang dilakukan.
> > > 
> > > "Walaupun jauh saya terpaksa menggagahkan diri
> > > kerana ingin menyara 
> > > keluarga bagi mencari sesuap nasi setiap hari,"
> > > katanya. 
> > > 
> > > Menurutnya, dia mengakui turut mendapat bantuan
> > > daripada Jabatan 
> > > Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 tetapi jumlah itu
> > > agak kecil bagi 
> > > menyara keluarganya.
> > > 
> > > "Saya terpaksa berusaha kerana ingin memberi wang
> > > saku kepada dua 
> > > anak yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung
> > > Laut dan Sekolah 
> > > Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut.
> > > 
> > > "Kadang-kadang saya tidak mampu menyediakan wang
> > > saku kepada anak 
> > > kerana tidak mempunyai duit dan mereka terpaksa
> > > berlapar," 
> > > katanya.//HMetro 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > 
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> > http://mail. <http://mail.yahoo.com> yahoo.com
> >
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke