KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan menggerakkan 360 pengusaha tanaman padi komersial yang dikenal pasti di negeri ini sebagai peneraju usaha menjadikan kawasan Kada sebagai pengeluar makanan utama negara menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Pengerusi Kada, Datuk Seri Annuar Musa, berkata mereka akan digerakkan menerusi konsep Kada Baluh Negara sebagai menyahut sasaran pengeluaran padi dalam negara ke tahap 90 peratus menerusi rancangan lima tahun itu. "Menerusi konsep ini, Kada merancang meningkatkan pengeluaran padi kepada 10 tan sehektar sesuai dengan kedudukan Kada sebagai kawasan jelapang padi kedua terbesar negara dengan peruntukan sebanyak RM24 juta. "Malah, sektor lain seperti penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan industri asas tani juga akan ditingkatkan sebagai pelengkap kepada konsep Kada Baluh Negara. "Pelaksanaan konsep ini selaras perancangan mewujudkan Terminal Makanan Negara di Kota Bharu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 360 usahawan padi terbabit di Ibu Pejabat Kada, di sini, semalam. Semua pengusaha padi berkenaan dikategorikan sebagai usahawan komersial berdasarkan keluasan tanah yang diusahakan masing-masing antara 5 hingga 97 hektar seorang. Annuar berkata, konsep Kada Baluh Negara akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kelantan pada 21 Ogos ini. Sepanjang RMK-9, Annuar berkata, Kada mensasarkan pengeluaran padi kawasannya meningkat kepada purata 6.5 tan sehektar yang keseluruhannya 306,456 tan iaitu 9.5 peratus daripada pengeluaran padi negara. "Pada Rancangan Malaysia Kelapan, purata hasil pengeluaran padi dalam kawasan Kada adalah sebanyak 4.23 tan sehektar yang keseluruhannya sebanyak 195,390 tan atau 8.25 peratus daripada pengeluaran padi negara. Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat itu, Kada memperuntukkan RM20 juta bagi program peningkatan hasil padi, pemulihan tali air, penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan pemulihan sawah terbiar. Selain itu, RM4 juta diperuntukkan untuk bekalan benih padi bagi meningkatkan keupayaan pusat sediaan benih untuk menambah pengeluaran benih padi berkualiti. Katanya, Kada akan mewujudkan Klinik Tani sebagai tempat rujukan kepada usahawan tanaman padi terbabit jika mereka menghadapi masalah dalam mengusahakan tanaman masing-masing. "Kada memainkan peranan untuk membantu usahawan terbabit kerana kita mahu menggunakan pendekatan secara bersama dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi serta mengelakkan berlaku kerenah birokrasi," katanya.//BHarian ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
