KOTA BHARU, 25 Julai - Kira-kira 3,000 rakyat Kelantan yang terdiri 
daripada kalangan pemimpin Umno, pembangkang dan orang ramai dijangka 
menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Sultan 
Ismail Petra, Jumaat ini.

Bekas Perdana Menteri itu dijangka tiba jam 10.30 pagi, kemudian 
orang ramai akan mengiringinya ke tempat penginapannya di Hotel 
Renaisance sebelum menghadiri majlis jamuan teh di Hotel Perdana jam 
3 petang. 

Program itu dianjurkan Protem bersama Ahli Jawatankuasa Sementara 
Alumni Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dan ahli Umno 
yang dipengerusikan Tan Sri Abdullah Ahmad. 

Kemudian pada sebelah malamnya pula Dr Mahathir dijangka hadir 
pada 'Majlis Makan Malam Perjuanganmu Yang Belum Selesai' yang akan 
diadakan di Hotel Grand Riverview. 

Program itu akan bermula jam 8.30 malam dianjurkan Majlis Tindakan 
Rakyat Kelantan (MTRK). Dijangka turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru 
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, 
pemimpin Umno dan rakyat Kelantan. 

Pengarah program tersebut Dato' Azha Rani bagaimanapun berkata, 
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa sehingga 
petang ini belum lagi memberi komitmen untuk hadir. 

"Jemputan pada malam tersebut seramai 1,200 orang dan kita jangka 
kehadiran lebih ramai lagi. Ia terbuka kepada orang ramai tanpa 
mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Kita juga menjemput kaum 
wakil Cina, India dan Siam. Ini kerana MTRK bukan sebuah badan 
politik. 

"Kita juga menyediakan skrin besar di luar dewan bagi membolehkan 
mereka yang berada di luar mengikuti ucapan Tun," katanya pada 
persidangan media di pejabat MTRK di sini, petang ini. 

Turut berucap pada majlis makan malam tersebut, Tan Sri Abdullah yang 
bertajuk 'Tun Dr Mahathir Mohamad Negarawan Ulung Yang Banyak Berjasa 
Kepada Agama, Bangsa dan Negara'. 

Selepas ucapan Dr Mahathir, deklamasi sajak bertajuk 'Di manakan Ku 
Cari Ganti' dipersembahkan Presiden MTRK, Dato' Ibrahim Ali. 

Azha juga berkata, program itu sebenarnya telah lama dirancang bagi 
mengenang jasa Dr Mahathir, iaitu selepas beliau meletak jawatan 
sebagai Perdana Menteri. 

"Bagaimanapun disebabkan kekangan masa dan kesibukan Tun menyebabkan 
ia tertunda sehingga diadakan pada Jumaat ini. Adalah ditegaskan ia 
tidak ada kaitan dengan isu semasa yang berlaku sekarang. 

"Tun sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan MTRK kerana 
beliau adalah di antara pengasas yang mencadangkan penubuhan badan 
bukan kerajaan ini," ujarnya. 

Menurutnya, Dr Mahathir akan kembali semula ke Kuala Lumpur kira-kira 
jam 11 malam. 

Katanya juga, persembahan kebudayaan turut diadakan pada malam 
tersebut termasuk tok selampit dan dikir barat yang tidak 
bertentangan dengan dasar ditetapkan kerajaan negeri. 

Menurut Azha orang ramai tidak perlu bimbang dengan perhimpunan 
berkenaan kerana pihaknya memohon permit dengan pihak keselamatan. 

Sebelum ini, Majlis Bekas Rakyat Malaysia (Mubarak) Cawangan Kelantan 
difahamkan telah diarah pemimpin di Kuala Lumpur supaya tidak 
terbabit dengan penganjuran program sempena kunjungan Dr Mahathir ke 
Kelantan.//Hrkh
 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/TktRrD/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke