Bagaimana pelaksanaan RMK-9 di Kelantan? Kenapa MB Kelantan tidak 
dijemput? 

Debat Perdana edisi 23 Julai 2006 yang mana YB Mohd Zaki Ibrahim, 
Adun Kelaboran sedikit sebanyak telah membuka mata baik penonton di 
studio mahupun di rumah. Syabas kepada Yang Berhormat. Sememangnya 
penafian hak kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselindung oleh 
Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan RMK-9 suatu agenda kerajaan yang 
boleh dikatakan baik jika kuasa pelaksana berada di tangan pihak yang 
bertanggungjawab.

Memang tidak dinafikan Kelantan disediakan peruntukan yang agak 
banyak dalam RMK-9, tetapi sejauh manakah keikhlasan kerajaan 
persekutuan yang menjadi persoalan. Menteri Besar Kelantan yang tidak 
dijemput dalam Majlis Mesyuarat Menteri –Menteri Besar dan Ketua-
ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri. Banting yang 
digantung di tepi-tepi jalan juga tidak diletak jata negeri Kelantan. 

Betapa diskriminasi berlaku dalam pelaksanaan yang dikatakan telus 
untuk rakyat ini. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan plan 
pelaksanaan RMK-9. Penyaluran peruntukan kepada Pihak Berkuasa 
Tempatan (PBT) yang mana pengumuman oleh Majlis Kerajaan Tempatan 
agar ia disalurkan terus kepada PBT tetapi sebaliknya yang berlaku 
kepada Kerajaan Kelantan iaitu ia disalurkan melalui Jabatan 
Pembangunan Persekutuan. Semua ini telah disebut oleh YB. Adun 
Kelaboran yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan. 

Saya rasa dari segi integriti, Kerajaan Kelantan lebih telus kerana 
tiada ketirisan dalam pelaksanaan projek. Lebih 15 tahun kerajaan PAS 
Kelantan namun tiada isu rasuah dan penyelewangan. 

Saya ingin mengambil contoh di mana Majlis Daerah Tumpat semasa PAS 
mula mengambil alih Kerajaan dalam akaun hanya tinggal RM 1 sahaja. 
Sekarang ini MDT di antara PBT yang membangun. Di harap rakyat 
daripada negeri lain dapat memberi peluang kepada pembangkang untuk 
menerajui kerajaan Pusat dan juga negeri. Pelbagai penyelewangan yang 
kita lihat berlaku dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.
//Surat pembaca, hrkh

 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/3EuRwD/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke