KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan 
menambah peruntukan untuk membolehkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) 
Kelantan meningkat­kan kegiatan menambah keahlian persatuan belia 
negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata ini kerana ketika 
ini hanya 16.7 peratus daripada 507,000 belia negeri ini menyertai 
pertubuhan belia.

"Keadaan ini kurang sihat kepada belia Kelantan. Bagaimanapun, ia 
boleh diperbaiki jika alasan kekurangan sumber kewangan menjadi 
faktor utama mereka enggan menyertai persatuan belia.

"Apabila kementerian menambah sumber kewangan untuk pertubuhan belia, 
kita harap JBS dapat menarik lebih ramai belia untuk menyertai 
pertubuhan di negeri ini," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan ke 
Pejabat Belia dan Sukan Kelantan di Wisma Persekutuan di sini, 
semalam. Turut hadir Pengarah Belia dan sukan Kelantan, Tuan Abdul 
Rahim Tuan Bahru.

Liow berkata, JBS Kelantan mendapati punca belia Kelantan enggan 
menyertai persatuan belia antara lain disebabkan pertubuhan 
kekurangan sumber kewa­ngan untuk melaksanakan kegiatan.

Beliau berkata, menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), 
Kelantan akan diberi peruntukan RM10 juta untuk penyelenggaraan dan 
menaik taraf Kompleks Belia dan Sukan dekat Panji. 

"Selain itu, Kelantan juga menerima peruntukan untuk pembinaan sebuah 
lagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang ketika ini kita 
sedang mengenal pasti tapaknya," katanya.








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke