JELI: Kekurangan peluang pekerjaan di Kelantan menyaksikan Jabatan 
tenaga Kerja merekodkan 6,272 pencari kerja berdaftar bagi tempoh 
enam bulan tahun ini.

Pengarahnya, Jack Meredu, berkata daripada jumlah pencari kerja itu, 
seramai 2,198 daripada mereka adalah pemegang ijazah manakala 1,429 
pemegang diploma.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bilangan pencari kerja 
semakin meningkat di negeri ini dan hampir menya­mai 6,612 yang 
dicatatkan sepanjang tahun lalu.

"Bilangan pencari kerja yang ramai dan bertambah menyebabkan peluang 
untuk mendapatkan pekerjaan semakin kompetitif kerana peluangnya 
adalah terhad.

"Kekurangan peluang pekerjaan berbanding pencari kerja mewujudkan 
persaingan bagi mendapatkan pekerjaan di kalangan mereka setiap 
tahun," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas program Seminar Sehari Ke Arah 
Membina Kerjaya Cemerlang di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jeli, 
dekat sini, semalam.

Hampir 300 pencari kerja daripada kalangan graduan menganggur 
termasuk lepasan sekolah menghadiri seminar sehari itu yang dirasmi 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Balah, Abdul Aziz Derasid.

Meredu berkata, zaman peluang kerja melimpah sehingga pencari kerja 
mempunyai banyak pilihan sudah berlalu.

"Jika dulu pencari kerja berkuasa menentukan kerja yang sesuai, kini 
majikan pula mempunyai banyak pilihan mengambil peluang pekerja 
paling sesuai kerana pencari kerja lebih ramai berbanding kerja yang 
ditawarkan," katanya.

Beliau berkata, kajian beberapa organisasi menunjukkan kelemahan 
berkomunikasi termasuk penguasaan bahasa Inggeris, tidak berupaya 
menonjol penampilan diri dan kurang pengetahuan mengenai bidang 
pekerjaan yang dipilih adalah antara faktor lulusan universiti gagal 
mendapatkan pekerjaan.

Sehubungan itu katanya, setiap pencari kerja perlu mempersiapkan diri 
masing-masing untuk bersaing dalam pasaran kerja dan pada masa sama 
mengenepikan sikap suka memilih pekerjaan.//BHarian









 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke