KOTA BHARU, 27 Julai - Apabila disebut Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi kerajaan Pusat, ada pihak menganggap ia sebagai berfikiran sempit dan tidak mahu keluar dari kepompong lama. Barangkali itulah yang cuba ditafsirkan pengerusi Debat Perdana di RTM 1, Dato' Johan Jaffar ketika menjadi pengantara pada debat perdana malam Isnin lalu, yang turut mengetengahkan pemimpin muda dari Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Merujuk kepada apa yang diutarakan Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran, mengenai isu Menteri Besar Kelantan tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-100 di Putrajaya baru-baru ini, ia memang tepat dan tidak mampu disanggah lagi. Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Annual Bakri Haron ketika dihubungi mengesahkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat langsung tidak menerima jemputan menghadiri mesyuarat tersebut. Maka hujah yang diketengahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada debat terbabit yang mempersoalkan bagaimana pemantauan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 mampu dilakukan dengan berkesan, sekiranya ketua kerajaan negeri enggan diajak berunding, tepat sekali. "Kita tidak mahu apabila projek yang dirancang gagal dilaksana di Kelantan, Menteri Besar pula dipersalahkan, sedangkan ketika mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut kita langsung tidak dijemput," kata Annual. Penyelia Parlimen Kuala Krai, Zamzuri Mat Lazim mempersoalkan mengapa Menteri Besar Kelantan tidak dijemput sedangkan menteri-menteri kabinet lain juga hadir pada mesyuarat tersebut. Antaranya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Ting serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsudin. "Sebenarnya siapa yang berfikiran sempit dalam isu ini, pemimpin PAS atau moderator debat tersebut atau juga seorang lagi penalis dari Umno," kata Zamzuri.//Hrkh --->Re: RMK-9 di Kelantan: Menteri Besar tidak terlibat? --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Bagaimana pelaksanaan RMK-9 di Kelantan? Kenapa MB Kelantan tidak > dijemput? > > Debat Perdana edisi 23 Julai 2006 yang mana YB Mohd Zaki Ibrahim, > Adun Kelaboran sedikit sebanyak telah membuka mata baik penonton di > studio mahupun di rumah. Syabas kepada Yang Berhormat. Sememangnya > penafian hak kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselindung oleh > Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan RMK-9 suatu agenda kerajaan yang > boleh dikatakan baik jika kuasa pelaksana berada di tangan pihak yang > bertanggungjawab. > > Memang tidak dinafikan Kelantan disediakan peruntukan yang agak > banyak dalam RMK-9, tetapi sejauh manakah keikhlasan kerajaan > persekutuan yang menjadi persoalan. Menteri Besar Kelantan yang tidak > dijemput dalam Majlis Mesyuarat Menteri –Menteri Besar dan Ketua- > ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri. Banting yang > digantung di tepi-tepi jalan juga tidak diletak jata negeri Kelantan. > > Betapa diskriminasi berlaku dalam pelaksanaan yang dikatakan telus > untuk rakyat ini. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan plan > pelaksanaan RMK-9. Penyaluran peruntukan kepada Pihak Berkuasa > Tempatan (PBT) yang mana pengumuman oleh Majlis Kerajaan Tempatan > agar ia disalurkan terus kepada PBT tetapi sebaliknya yang berlaku > kepada Kerajaan Kelantan iaitu ia disalurkan melalui Jabatan > Pembangunan Persekutuan. Semua ini telah disebut oleh YB. Adun > Kelaboran yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan. > > Saya rasa dari segi integriti, Kerajaan Kelantan lebih telus kerana > tiada ketirisan dalam pelaksanaan projek. Lebih 15 tahun kerajaan PAS > Kelantan namun tiada isu rasuah dan penyelewangan. > > Saya ingin mengambil contoh di mana Majlis Daerah Tumpat semasa PAS > mula mengambil alih Kerajaan dalam akaun hanya tinggal RM 1 sahaja. > Sekarang ini MDT di antara PBT yang membangun. Di harap rakyat > daripada negeri lain dapat memberi peluang kepada pembangkang untuk > menerajui kerajaan Pusat dan juga negeri. Pelbagai penyelewangan yang > kita lihat berlaku dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. > //Surat pembaca, hrkh > Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
