KOTA BHARU 8 Ogos – Seorang lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam 
insiden penyemburan sejenis gas pemedih mata terhadap Tun Dr. 
Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 28 
Julai lalu, dijangka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Menurut sumber, lelaki berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 324 
Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera 
melalui jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Kata sumber itu, di bawah seksyen tersebut jika sabit kesalahan boleh 
dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan 
atau mana-mana dua daripada seksaan itu. 

``Lelaki tersebut sepatutnya didakwa hari ini tetapi disebabkan dia 
tidak berada dalam negeri ini, maka kita telah memaklumkan menerusi 
peguamnya supaya beliau hadir ke mahkamah esok.

``Dengan pendakwaan lelaki berkenaan, kita percaya kes berkenaan 
sudah selesai,'' kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini 
hari ini.

Katanya, tidak ada lagi suspek yang terlibat dengan kes berkenaan 
selain lelaki tersebut.

Sebelum ini polis telah menahan reman selama empat hari seorang ahli 
perniagaan bagi membantu siasatan kes itu.

Namun lelaki tersebut kemudian dibebaskan setelah tempoh remannya 
berakhir 1 Ogos lalu.

Sepanjang siasatan polis, sebanyak 27 orang saksi telah dipanggil 
memberi keterangan termasuk tujuh anggota tentera yang dipercayai 
diupah oleh salah seorang penganjur sebagai pengawal peribadi kepada 
Dr. Mahathir.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ahli Parlimen Pasir 
Mas, Datuk Ibrahim Ali.//Utusan







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke