KOTA BHARU, 15 Ogos - Seramai 500 pegawai dan pembantu Dakwah Halaqat 
akan mengikuti Nadwah Kepimpinan Islam sempena sambutan program Bulan 
Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di Balai Islam, esok. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan 
Mohamood berkata, program itu akan bermulai jam 9 pagi dan penutupnya 
disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, jam 3 petang.

"Sempena nadwah ini, penceramah khas dari Syria, Sheikh Jibril Al-
Hadad akan membentang kertas kerja bertajuk 'Tanggungjawab dan 
Peranan Pendakwah Islam," katanya ketika ditemui di sini. 

Menurutnya, pada sebelah malam pula Menteri Besar, Tuan Guru Dato' 
Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan sambutan Bulan Sembahyang. 

Beliau berkata, program itu diadakan setiap tahun sebagai usaha 
memupuk semangat rajin menunaikan tuntutan ibadat sembahyang 
khususnya bagi  golongan remaja.

"Ia menjadi sebahagian agenda penting kerajaan negeri bagi 
merealisasikan masyarakat yang beriman dan bertaqwa," ujarnya.//Hrkh

 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke