KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Anak-anak Kelantan Perantauan (Perakan) 
bersama-sama dengan Gerakan Anti Zionis dan Boikot Amerika (Gaza) 
mengajak semua parti pertubuhan politik dan Badan Bukan Kerajaan 
(NGO) untuk ikut sama mengerakkan kempen memboikot Amerika.

Setiap rakyat Malaysia digesa bukan sahaja menyatakan bantahan 
terhadap kekejaman Israel terhadap Lubnan tetapi turut bertindak 
memboikot sebanyak mungkin barangan dan perkhidmatan Amerika yang 
menjadi sumber ekonomi rejim Zionis.

"Usaha ini untuk mengenakan tekanan ekonomi ke atas Amerika dan 
Israel yang kini melancarkan pencerobohan dan keganasan ke atas 
rakyat Palestin dan Lebanon.

"Usaha murni kami supaya setiap rakyat Malaysia yang bencikan 
kezaliman dan peperangan hasil dari dasar luar AS dan Israel serta 
sekutunya melanggar segala undang-undang antarabangsa," jelas Perakan 
dan Gaza dalam satu kenyataan..

Dalam pada itu, Perakan juga menyeru supaya semua pihak memboikot 
semua acara sosial yang dianjur oleh Amerika dan mana-mana yang 
berkaitan sama ada secara langsung atau tidak.

Perakan juga berpendapat dengan memulaukan barangan dan perkhidmatan 
Amerika dan Israel setidak-tidaknya akan memberi mesej yang kuat 
kepada kedua negara bahawa rakyat Malaysia tidak bertoleransi dengan 
kekejaman ke atas rakyat Palestin .

Sementara itu, Perakan dan Gaza turut menerbitkan risalah memboikot 
barangan Amerika dan Israel yang digunakan rakyat Malaysia seperti 
KFC, Coca-cola dan minyak Caltex.

Di samping itu, mereka juga meminta pengguna menggunakan kuasa untuk 
katakan tidak kepada produk Amerika dan Israel.

Risalah itu juga turut mencetak kira-kira 65 jenis produk termasuklah 
12 jenis produk makanan yang mana syarikat pengeluar-pengeluarnya 
adalah dari Amerika dan Israel.//Hrkh

 

 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke