SEREMBAN, 15 Ogos - Sebanyak 570 peserta termasuk, masing-masing enam 
orang dari Indonesia dan Brunei Darussalam akan menyertai Kejohanan 
Silat Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 
2006 di sini dari 19 hingga 24 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Bahagian Publisiti dan Seranta 
kejohanan, Sharifah Azizah Syed Zin berkata Kelantan akan menjadi 
tuan rumah kejohanan itu tahun depan.

Beliau berkata matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk 
menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pelajar terhadap budaya, 
bangsa serumpun dan serantau.

"Di samping itu melahirkan generasi yang mempunyai jati diri, 
berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran dan 
yakin pada diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Kejohanan bertema `Silat Untuk Semua' itu juga bermatlamat untuk 
mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua negeri dan juga negara 
Asean, katanya.

Katanya johan keseluruhan pertandingan itu bakal menerima piala 
Kejohanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan piala berserta hadiah 
iringan sumbangan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri 
Sembilan.//Bernama









 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke