KOTA BHARU 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau gembira kerana bangunan lama 
mahkamah tidak menjejaskan prestasi dan ia terbukti apabila semua kes 
sivil dan jenayah di Kelantan sebelum tahun 2000 berjaya diselesaikan.

``Kelantan menjadi negeri pertama berjaya berbuat demikian dan ia 
juga sekarang dalam proses menyelesaikan semua kes sebelum tahun 
2004,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke 
Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, hari ini. 

Beliau berkata, punca utama ia dapat diselesaikan dengan cepat kerana 
tidak banyak kes di Kelantan, kakitangan mahkamah bersikap proaktif 
dan kreatif serta kerjasama baik daripada peguam.

Dalam pada itu, katanya, projek sambungan bangunan baru di Mahkamah 
Majistret Kuala Krai bernilai RM3.1 juta sudah siap 62 peratus 
manakala sambungan untuk Kompleks Mahkamah Kota Bharu bernilai RM3.4 
juta siap 13 peratus.

Katanya, pihaknya dalam proses pengambilan tanah bagi membina 
Mahkamah Majistret Pasir Mas yang baru bernilai RM7 juta yang 
terletak kira-kira dua kilometer dari bangunan sedia ada.

Tambah beliau, pihaknya sedang memberi perhatian bagi menyediakan 
peruntukan untuk memperbaiki bangunan Mahkamah Majistret di Machang, 
Tanah Merah, Bachok dan Tumpat yang sudah usang.Kerajaan akan 
berusaha memastikan semua mahkamah di negara ini beroperasi di premis 
sendiri yang lengkap dan sempurna kelak, sejajar dengan taraf dan 
peranannya.

Beliau berkata, banyak aduan diterima berhubung kedudukan bangunan 
mahkamah yang tidak lagi sesuai termasuk menumpang di rumah kedai dan 
pejabat majlis daerah.

``Perkara tersebut sudah tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai 
tempat mendapat keadilan, mahkamah seharusnya mempunyai bangunan 
terasing dan tersergam.

``Kita sedang berusaha untuk memastikan semua mahkamah mendapat 
bangunannya sendiri sesuai dengan peranan dan tanggungjawab penting 
yang dimain olehnya,'' Beliau berkata demikian ketika ditanya aduan 
paling banyak diterima ketika melawat mahkamah di lapan negeri 
sebelum ini dan di Kelantan hari ini.

Menurut beliau, masalah lain yang dihadapi ialah bangunan mahkamah 
sedia ada terlalu usang seperti Mahkamah Majistret Kuala Krai yang 
dibina pada 1950 tetapi masih lagi digunakan.//Utusan







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke