Gua Musang: Seorang penghulu ditahan polis kerana disyaki merogol
seorang gadis dua kali sebagai upah selepas menyelesaikan masalah
mangsa ditahan kerana berkhalwat dengan teman lelakinya di Gua Musang.
Penghulu berusia 50-an itu ditahan untuk membantu siasatan ketika
menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, kira-kira
jam 10 pagi semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan
Shafie Ismail, berkata kejadian rogol terbabit dipercayai berlaku di
sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Chiku 3, pada awal pagi
Selasa lalu.
"Sebelum kejadian mangsa bersendirian di rumah kerana ibu serta
abangnya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang
Kerian menemani bapanya.
"Kira-kira jam 3.45 pagi, penghulu terbabit datang ke rumah mangsa
dan mengajaknya ke sebuah rumah dalam pembinaan yang terletak tidak
jauh dari situ.
"Ketika berada di rumah belum siap itu, penghulu terbabit mengajak
mangsa melakukan hubungan seks sebagai upah kerana sebelum itu dia
menyelesaikan masalah mangsa yang ditangkap khalwat.
"Mangsa menolak permintaan penghulu terbabit yang kemudian merogol
mangsa dua kali di situ sebelum menghantarnya pulang ke rumah,"
katanya di sini, semalam.
"Mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada abangnya yang kemudian
membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Sebaik menerima laporan, polis mengenal pasti penghulu terbabit
tetapi dia menyerah diri di IPD Gua Musang untuk membantu siasatan
pagi semalam," katanya.//BHarian
***
Penghulu kat Kelantan ada dua yg mewakili dua pihak, yg disyaki belah
mana?
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/