GUA MUSANG, 16 Ogos - Kerajaan negeri menafikan laporan sebuah
akhbar harian yang mendakwa seorang penghulu di sini dikatakan
merogol seorang gadis di Felda Ciku 3, pada 8 Ogos lalu.
Jurucakapnya berkata, suspek yang dilaporkan terbabit dengan kes
tersebut bukan penghulu dilantik kerajaan negeri, memandangkan di Dun
Paloh hanya terdapat tiga penghulu sahaja.
"Oleh itu laporan akhbar yang menyebut seorang gadis dirogol penghulu
adalah tidak benar. Dan orang yang dimaksudkan itu difahamkan hanya
mempunyai jawatan di peringkat rancangan Felda di Ciku 3 dan bukan
sebagai penghulu," katanya di sini.
Sebuah akhbar harian edaran di Kelantan dan Terengganu melaporkan
seorang gadis yang dibebaskan kerana kesalahan khalwat dengan teman
lelakinya kira-kira jam 2 pagi menerima nasib lebih malang apabila
dirogol suspek yang didakwanya sebagai penghulu.
Menurut laporan berkenaan suspek terbabit meminta habuan seks kerana
telah membantu melepaskan gadis tersebut daripada tuduhan khalwat.
Bagaimanapun penduduk di sini meragui laporan gadis tersebut dan
tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur lain kerana suspek
didakwa pada awalnya terbabit sama menahan gadis itu bersama imam dan
penduduk kampung.
"Ini memandangkan suspek dikenali ramai keperibadiannya di Ciku 3 dan
tidak munasabah melakukan perkara-perkara yang tidak elok.
Bagaimanapun kami tidak mahu menjelas lanjut kerana ia masih dalam
siasatan pihak polis," katanya.
Lagi pun dakwa mereka, laporan polis dibuat selepas seminggu kes
khalwat dilaporkan berlaku.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/