GUA MUSANG: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan membuka pejabat
cawangan imigresen di Gua Musang sebelum akhir tahun ini sebagai
kemudahan penduduk Hulu Kelantan.
Timbalan Menterinya, Datuk Tan Chai Ho, berkata ia bertujuan
mengurangkan masalah penduduk daerah itu selama ini terpaksa ke
Pejabat Imigresen Kota Bharu yang mengambil masa perjalanan yang
panjang.
Beliau berkata, ketika urusan mengenal pasti dua pintu premis sekitar
bandar ini untuk disewa untuk diubahsuai sebagai pejabat yang lengkap
serta selesa kepada orang ramai sedang diusahakan.
"Memang patut cawangan Imigresan dibuka di Gua Musang berikutan
perjalanan penduduk yang ingin berurusan di Kota Bharu mengambil satu
hari perjalanan pergi dan balik.
"Itu pun bergantung kepada keadaan, jika urusan tidak dapat disiapkan
dalam satu hari, orang ramai terpaksa pergi semula keesokan harinya
atau bermalam," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan memberitahu
pemberita demikian selepas majlis perjumpaan dengan anggota MCA
bahagian Gua Musang di sini, semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohamad Saufi
Deraman, Pegawai Tinggi Kanan Imigresen Negeri Kelantan, Abdul Aziz
Che Wel dan Pengerusi MCA bahagian Gua Musang, Wong Yun Chong.
Tan berkata, pihaknya menerima banyak pandangan mengenai pembukaan
pejabat itu sebelum ini dengan dua pilihan, sama ada membuka cawangan
di Kuala Krai atau Gua Musang.
Katanya, hasil perbincangan dan kajian Ibu Pejabat Imigresen, Gua
Musang dipilih sebagai lokasi kerana kesesuaian kedudukannya.
"Oleh itu, kita harap penduduk daerah ini memanfaatkan kemudahan yang
disediakan kelak kerana ia adalah penyelesaian yang amat baik bagi
segala urusan berkaitan Jabatan Imigresen," katanya.
Beliau berkata, langkah itu juga sesuai dengan keadaan Gua Musang
yang menjadi pusat pertumbuhan baru di Kelantan Selatan kerana
terletak di tengah-tengah Semenanjung.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/