KOTA BHARU, 16 Ogos Lebih 100,000 dijangka akan mengunjungi Pesta
Buku dan Multimedia Kelantan yang dianjurkan oleh Urusetia
Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan 21 hingga 26 Ogos ini.
Pada tahun 2005 yang lalu lebih 70,000 telah mengunjungi pesta yang
sama dan dijangka dengan pelbagai program yang menarik diadakan pada
tahun ini bilangan pengunjung akan bertambah.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Haji Abdul Rahman Yunus
berkata pesta buku tersebut amat sesuai untuk memupuk minat membaca
di kalangan masyarakat.
Menurutnya, program itu mampu meningkatkan kesedaran sivik di
kalangan rakyat negeri ini untuk menimba ilmu dan menguasai bidang IT.
"Pesta buku ini diadakan adalah bertujuan untuk menanam sikap minat
membaca dikalangan rakyat Kelantan yang bersesuaian dengan falsafah
ajaran Islam dan dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan".
"Selain itu, pesta buku ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai kepentingan dan kepenggunaan multimedia kepada orang ramai
yang seterusnya mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa.
Menurutnya, terdapat pelbagai acara yang menarik sepanjang program
tersebut, antaranya ialah cabutan bertuah, tayangan khas LCD, karaoke
versi Islam, persembahan nasyid istimewa dan slot bersama DJ radio
IKIM.
Selain itu, persembahan dikir barat, bersama kartunis, pertandingan
mewarna, seni khat dan melukis kartunis serta ceramah motivasi
pelajar turut diadakan.
Pesta Buku dan Multimedia Kelantan 2006 yang bertemakan membaca
sepanjang hayat akan berlangsung selama 6 hari yang bermula pada 21
Ogos dan berakhir pada 26 Ogos 2006.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan gerai jualan bolehlah
menghubungi Nazman Yusuf ditalian 09-7483529 atau 013-9972075.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/