GUA MUSANG: Syarikat pengangkutan awam tertua di Kelantan, Syarikat
Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) melancarkan perkhidmatan ekspres
pertamanya dari Gua Musang ke Kuala Lumpur mulai kelmarin.
Pelancaran khidmat ekspres itu melengkapkan rangkaian perkhidmatan
untuk keperluan penduduk di Gua Musang yang kini bakal menjadi pusat
pertumbuhan baru dan bandar transit di Hulu Kelantan.
Pengurus Besar SKMK, Basri Baharom, berkata berikutan pelancaran
khidmat ekspres itu, penumpang yang menaiki di Gua Musang ke Kuala
Lumpur hanya dikenakan tambang RM20.10.
"Berdasarkan kadar itu, setiap penumpang menjimatkan tambang RM10.70
berbanding menggunakan khidmat ekspres dari Kota Bharu selama ini
yang dikenakan tambang RM30.80 untuk ke Kuala Lumpur.
"SKMK prihatin hasrat penduduk yang mahu syarikat ini mengadakan
khidmat terus dari Gua Musang ke Kuala Lumpur dan hari ini (semalam)
ia menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran
bas ekspres SKMK Gua Musang-Kuala Lumpur, semalam.
Pelancaran perjalanan pertama itu disempurnakan Ketua Unit Harta
Kesedar Dagang, anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(Kesedar), Muhamad Nor Sulaiman.
Hari pertama pelancaran khidmat bas ekspres dari Gua Musang ke Kuala
Lumpur itu mendapat sambutan orang ramai dan membabitkan tiga
perjalanan bas sehari iaitu jam 9 pagi, 3 petang dan 12 tengah malam,
memberi kesempatan kepada penumpang ke Kuala Lumpur untuk pulang ke
Gua Musang pada hari sama.
Basri berkata, perkhidmatan itu memberi keselesaan penumpang di
kalangan penduduk Gua Musang yang sebelum ini menghadapi kesukaran
pengangkutan awam.
Basri berkata, banyak lagi perancangan SKMK selepas itu yang berpusat
di Gua Musang termasuk perkhidmatan ekspres bagi perjalanan Gua
Musang ke Ipoh melalui Jeli.
Katanya, pelan perkhidmatan itu masih pada peringkat kajian dan ujian
perjalanan melalui jalan yang baru siap itu juga sudah dilakukan baru-
baru ini.
"Kita akan menilai prestasi serta kualiti perjalanan itu. Jika
keadaan mengizinkan dengan sambutan baik penduduk, kita akan
lancarkan perkhidmatan lain untuk penumpang di perkampungan pedalaman
Hulu Kelantan.
"Banyak perkara sedang kita susun untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan kepada pelanggan termasuk menyediakan van bagi
memasarkan tiket bas ekspres secara bergerak di kampung,"
katanya.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/