GUA MUSANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh Kelantan digalakkan
menyertai program eko-tani bagi meningkatkan taraf ekonomi ahlinya
dan masyarakat setempat sejajar saranan kerajaan untuk mengembangkan
Dasar Pertanian Negara.
Pemangku Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN), Abdul Hadi Salleh, berkata program itu boleh dilaksanakan
mengikut bidang yang bersesuaian di kawasan masing-masing yang
dilihat mempunyai potensi untuk dimajukan.
Beliau berkata, setiap ahli boleh menyumbangkan saham sebagai modal
bagi membangunkan bidang berkenaan dan keuntungan boleh diagih-
agihkan mengikut jumlah saham yang dilaburkan.
"Kita mahu ahli Rukun Tetangga bergiat dalam program eko-tani bagi
meningkatkan pendapatan selain terus menjalankan aktiviti
kemasyarakatan untuk menjaga keselamatan kampung.
"Setiap kawasan mempunyai bidang berlainan yang boleh dimajukan dan
sebagai contoh, Gua Musang sesuai untuk mengusahakan tanaman dan
ternakan kerana mempunyai banyak tanah terbiar," katanya kepada
selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Jajahan Gua
Musang, di sini, kelmarin.
Abdul Hadi berkata, pelancaran eko-tani KRT pertama di Kelantan akan
disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di KRT Ketereh, akhir bulan ini.
"Kita pilih KRT Ketereh kerana program eko-tani yang dijalankan sudah
menunjukkan kejayaan dan menjadi contoh kepada KRT lain di negeri ini
dan beberapa KRT yang menjalankan program sama yang menunjukkan
potensi yang baik," katanya.//Bharian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/