PASIR PUTEH, 25 Ogos -- Umno Kelantan yakin resolusi 10 perkara penting yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ahad lepas akan dipertimbangkan bagi kepentingan rakyat Kelantan pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata resolusi yang dihasilkan menerusi konvensyen kedua Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) diserahkan kepada Abdullah ketika melakukan lawatan selama dua hari ke negeri itu bermula 20 Ogos lepas. "Nampaknya Paklah memberi perhatian yang serius terhadap resolusi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan cawangan baru Umno Kampung Panggong Tiga Daerah di sini, malam tadi. Seramai 60 penduduk di Kampung itu termasuk anggota Pas dan kumpulan atas pagar menyertai cawangan itu yang diketuai Mohd Jusoh Mat Jamal, 67. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Kamaruddin Mohd Nor, Anggota Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Amran Mohd Nor. Annuar berkata keyakinan itu berdasarkan 59 resolusi konvensyen MKK pertama yang hampir keseluruhan diterima dengan baik oleh Perdana Menteri sehingga menghasilkan peruntukan terbesar sebanyak RM7.3 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Beliau yang juga ADUN Kok Lanas berkata resolusi itu antara lain memohon kerajaan pusat membina rangkaian lebuh raya tepi pantai yang menghubungkan terus ke sempadan Thailand yang kini dicadangkan ke Daerah Besut, Terengganu sahaja. Katanya ini penting untuk memajukan koridur raya Pantai Timur dan bertepatan dengan cadangan pembinaan Universiti Terengganu Darul Iman di Besut dan Universiti Kelantan Darul Naim di Bachok. Selain itu, menurutnya pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa dan pelaksanaan segera beberapa projek serta penyertaan lebih ramai dan meluas kontraktor dan rakyat Kelantan di bawah RMK-9.//Bernama > Re: Ke arah capai Kelantan maju 2015 --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > KOTA BHARU Bertempat di Perkampungan Hadhari Ahad lalu, disaksikan > puluhan ribu rakyat, dalam suasana meriah, Pengerusi Majlis Kemajuan > Kelantan (MKK), Datuk Seri Annuar Musa menyerahkan kepada Datuk Seri > Abdullah Ahmad Badawi resolusi Konvensyen MKK II. > > Penyerahan resolusi itu membawa satu lagi harapan besar rakyat kepada > Perdana Menteri selepas impian sebelum ini telah ditunaikannya dalam > Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melalui peruntukan terbesar - > RM7.6 billion yang boleh dijanakan ke arah mencapai status Kelantan > Maju 2015. > > Konvensyen MKK II hasil gabungan pemikiran anak-anak Kelantan yang > cakna Sabtu lalu bukan lagi berkisar soal untuk meletakkan negeri ini > sebagai keutamaan dalam pembangunan negara memandangkan hampir > kesemuanya telah dipenuhi. > > Sebaliknya ia memberi penekanan khusus kepada soal pelaksanaan projek > di bawah RMK-9 dengan memfokuskan perincian kepada aspek dasar, > perancangan, kewangan, modal insan dan pemantauan agar semua akhirnya > semua pelaksanaan berjalan lancar, menepati sasaran dengan berkesan. > > Dalam konvensyen kali kedua itu yang dihadiri lebih 500 peserta itu, > sebanyak lima kertas kerja dibentangkan oleh ahli-ahli panel anak > negeri Kelantan yang terdiri daripada tokoh usahawan, profesional dan > bekas pegawai tinggi kerajaan. > > Sebanyak 10 resolusi yang dibahagikan kepada empat kategori utama > iaitu pembangunan infrastruktur, pembangunan wilayah dan koridor > timur, pembangunan modal insan dan pembasmian kemiskinan. > > Berhubung rancangan besar kerajaan bagi membangunkan Kelantan, > Terengganu dan Pahang Timur sebagai Koridor Pantai Timur, para > peserta konvensyen meminta supaya Kelantan yang lebih jauh > ketinggalan diberi keutamaan agar boleh mengerak seiring. > > Bagi memantapkan rancangan tersebut, polisi perniagaan perlu > ditingkatkan melalui beberapa usaha termasuk menaik taraf Lapangan > Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa, > mewujudkan jaringan jalan raya yang lebih baik di samping > memperbanyakkan zon perdagangan bebas. > > Kemudiannya dalam konteks pembangunan infrastruktur, konvensyen turut > menyarankan supaya kontraktor dari Kelantan diberi keutamaan dan > tidak sebagai pemerhati bagi melaksanakan segala projek yang dikenal > pasti selagi ia tidak menjejaskan kelancaran. > > Selain itu konvensyen juga mahu beberapa projek diberi keutamaan > khusus seperti Terminal Makanan Negara, penubuhan hub halal serantau > serta Taman Kekal Pengeluaran Makanan kerana ia sejajar dengan > kedudukan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri pertanian. > > Untuk pembangunan modal insan pula, konvensyen menarik perhatian > kerajaan supaya dapat ditambah bilangan politeknik selain mewujudkan > Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen negeri ini sebagai sokongan > kepada penubuhan universiti awam yang dirancang. > > Di samping itu, ia juga menyentuh mengenai keperluan membina kolej > matrikulasi di negeri ini kerana sehingga sekarang masih belum ada > satu pun kolej matrikulasi di Kelantan. > > Mengenai aspek membasmi kemiskinan yang sentiasa menjadi fokus utama > MKK, konvensyen kali ini antara lain mencadangkan supaya sistem > penyaluran peruntukan dimantapkan di samping meningkatkan lagi > program pembangunan modal insan di kalangan ketua isi rumah. > > Walaupun kali ini hanya 10 resolusi dikeluarkan berbanding tahun lalu > sehingga 59 resolusi, namun soal jumlah bukanlah satu perkara utama > kerana sebagai kesinambungan dari yang lalu, apa yang penting di sini > adalah untuk menentukan fokus seterusnya dalam usaha membawa kemajuan > di negeri Kelantan. > > Kali ini jelas, di samping merakamkan penghargaan di atas perubahan > dasar dengan meletakkan Kelantan dalam agenda kemajuan negara > termasuk penubuhan universiti awam, MKK seterusnya mahukan > pelaksanaan segala projek yang dirancang berjalan lancar tanpa ada > gangguan. > > Sehubungan itu, bagi menjamin hasrat tersebut tercapai, konvensyen > mencadangkan Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan dengan > dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, bertujuan untuk > menyelaras serta memantau pembangunan yang akan dijalankan. > > Dan pada sidang akhbar sejurus menerima resolusi tersebut pada > perasmian majlis penutup Perkampungan Hadhari, Perdana Menteri telah > memberi perkhabaran positif apabila beliau memberi jaminan akan > datang lebih kerap ke Kelantan bagi memantau sendiri segala > pelaksanaan. > > Malah pada permintaan-permintaan yang lain, Abdullah sekali lagi > telah memberikan kelegaan buat rakyat Kelantan yang amat menantikan > komitmen padu dari seorang Perdana Menteri apabila beliau berkata: > > "Tentu sekali saya akan beri pertimbangan sewajarnya seperti mana > konvensyen lalu yang banyak diambil kira dalam merangka RMK-9. > > Pada tahun ini, resolusi yang dikemukakan lebih menjurus kepada soal > pelaksanaan dan saya akui aspek pemantauan ini memang penting," > katanya. > > Aspek pelaksanaan adalah perkara paling kritikal dalam menentukan > kejayaan sesuatu perancangan yang seterusnya membuktikan kesungguhan > kerajaan Pusat dan pimpinan UMNO negeri menunjang kepada membawa > perubahan kepada Kelantan secara menyeluruh. > > Ia juga sekali gus bakal menutup mulut mereka yang selama ini menjaja > di pentas politik, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berhubung > keikhlasan Perdana Menteri dengan mendakwa peruntukan RM7.6 bilion > itu hanya lebih permainan politik di kertas.//Utusan > Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
