PENGKALAN CHEPA, 2 Sept - Kelantan bersedia mengikut langkah kerajaan 
Pusat membayar bonus kepada kakitangan awamnya, sebagaimana diumumkan 
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentang 
Bajet 2007 di Parlimen semalam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sudah 
menjadi kelaziman setiap tahun pembayaran bonus kepada kakitangan 
kerajaan negeri juga dibuat sebagai menghargai jasa mereka. 

"Namun saya akan bincang terlebih dahulu perkara itu dalam mesyuarat 
Exco akan datang terutamanya bagi mendapat gambaran mengenai 
kedudukan kewangan negeri sebelum penjelasan lanjut mengenainya 
dibuat. 

"Sudah menjadi kelaziman seperti tahun-tahun lepas, Insya Allah kita 
akan bayar bonus seperti juga dinikmati kakitangan kerajaan 
Persekutuan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan 
Ismail Petra, di sini, hari ini. 

Semalam, ketika membentangkan Bajet 2007 di Dewan Rakyat, Perdana 
Menteri mengumumkan kakitangan awam yang berpendapatan sehingga RM750 
sebulan akan menerima bonus dua bulan gaji, manakala yang bergaji 
lebih RM750 mendapat bonus sebulan gaji iaitu tertakluk jumlah 
minimum RM1,500. 

Bajet yang bertema 'Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai 
Wawasan Negara' itu memperuntukkan dana sebanyak RM159.4 bilion iaitu 
meningkat berbanding RM136.8 bilion sebelum ini. 

Ditanya mengenai Bajet Persekutuan juga mengalami defisit, Tuan Guru 
Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini pembangkang di Dewan Undangan 
negeri Kelantan sering mengkritik kerajaan negeri mengenai perkara 
itu, sedangkan ia sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana 
pentadbiran. 

Menurutnya, sikap seperti itu dipamer memandangkan mereka tidak 
cermat dalam berhujah berdasar kepada realiti semasa yang 
berlaku.//Hrkh 
 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke