KOTA BHARU, 7 Sept Apakah Islam menghalang wanitanya terbabit dalam
lapangan sukan. Sebenarnya tidak, selagi batas-batas agama dapat
dijaga dan permainannya tidak melanggar syariat.
Mengambil kira aspek tersebut kerajaan negeri melalui Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan akan menganjurkan Karnival Sukan
Wanita Kelantan pada 15 dan 16 September ini bertempat di Putik,
Pengkalan Chepa.
Penolong Pengarah Sukan, Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan
Sukan, Mohd Ridza Zain berkata, karnival sukan itu mengambarkan
kerajaan negeri tidak pernah mengenepikan peranan wanita dalam bidang
sukan.
"Kerajaan Negeri tidak pernah mengenepikan peranan wanita. Karnival
ini juga diharap dapat memperkembangkan lagi kegiatan sukan untuk
golongan wanita di negeri ini," katanya di sini.
Menurutnya, wanita Kelantan yang terkenal dengan sifat gigihnya dalam
pelbagai bidang akan turut cemerlang dalam lapangan sukan sekiranya
diberi peluang.
Karnival itu terbuka kepada wanita dan mereka yang berminat boleh
menghubungi Nisa' di kawasan masing-masing. Penonton juga hanya
dibenarkan di kalangan wanita. Sebanyak tiga acara dipertandingkan
iaitu badminton, bola jaring dan bola tampar.
Perasmiannya akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/