KOTA BHARU, 7 Sept - Bidang perniagaan dengan rakyat Kelantan 
merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Dengan mengambil kira 
aspek itu kerajaan negeri turut bersama mengembeling usaha bagi 
membantu mereka yang baru berjinak dalam sektor tersebut. 
Oleh itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Perdagangan, 
Perindustrian dan Sumber Manusia menganjurkan ekspo khas bagi tujuan 
tersebut yang dikenali sebagai Ekspo Gerakan Berdikari Kelantan 2006. 

Pengerusi portfolio terbabit, Haji Zulkifli Mamat berkata, Gerakan 
Berdikari dilancarkan kerajaan negeri bertujuan melahirkan masyarakat 
yang mampu berdikari di negeri ini.

"Kita berharap melalui eskpo yang diadakan pengusaha industri kecil 
dan sederhana dapat memasarkan produk mereka secara langsung kepada 
pengguna.

"Selain itu kerajaan negeri mahu memastikan kadar pengangguran dapat 
dikurangkan dengan penglibatan golongan muda dalam bidang 
perniagaan," katanya di majlis perasmian ekspo tersebut di 
perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV di sini, baru-baru ini. 

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul 
Aziz Nik Mat. Pelbagai produk daripada industri kecil dan sederhana 
(IKS) dipamer dan dijual pada ekspo tersebut. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, persaingan dalam bidang perniagaan 
merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi mereka dalam bidang 
tersebut.

"Dunia perniagaan sebagai satu cabaran dalam menghadapi saingan untuk 
terus maju, apa lagi Allah memandang mulia kepada orang yang bekerja 
kuat untuk mencari rezeki halal," ujarnya.

Menteri Besar juga berharap usahawan di negeri ini turut menceburi 
sektor pertanian yang diberi tumpuan utama kerajaan negeri ke arah 
menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. 

Menurutnya, bidang berkenaan dapat membantu petani mengubah corak 
hidup mereka sekiranya mengusahakan secara bersungguh-sungguh dan 
sistemetik.

Sempena program itu tiga usahawan Kelantan dianugerahkan Usahawan 
Berdikari Kelantan iaitu Nordin Batik, Rosmadi Nawi dan Ghazali Mamat 
(Ghazali Perabot) dan beberapa usahawan lagi mendapat Anugerah 
Usahawan Baru Kelantan 2006.

Pelbagai produk hasil usaha masyarakat Kelantan dipamerkan. Selain 
itu pertandingan mewarna kanak-kanak, memasak, persembahan 
tradisional irama rakyat Kelantan, pameran agensi-agensi kerajaan 
negeri dan Persekutuan turut diadakan.//Hrkh
 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/TktRrD/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke