KOTA BHARU, 12 Sept – Golongan muda yang tinggal di perkampungan Desa 
Taqwa di negeri ini disaran menggerakkan program-program kebajikan 
bagi mengaktifkan kembali kampung tersebut. 
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemuda 
yang tinggal di kawasan Desa Taqwa perlu menjadi kumpulan pertama 
melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

"Banyak kerja kebajikan yang boleh dijalankan termasuk membantu orang 
tua, mangsa bencana alam, gotong-royong dan sebagainya," katanya pada 
perjumpaan Jawatankuasa Desa Taqwa Negeri bersama pengerusi dan 
pimpinan belia dari Desa Taqwa di Kota Darulnaim, baru-baru ini.

Selain itu menurutnya, pemuda-pemuda mesti mempunyai kemahiran 
menjalankan kerja-kerja kebajikan, mampu menunaikan solat jenazah, 
bergotong-royong membersihkan kubur dan membantu mangsa ribut.

Menurut Menteri Besar, program Desa Taqwa diwujudkan bagi mencapai 
hasrat melahirkan sebuah desa yang dihuni masyarakat yang memiliki 
sifat-sifat ketaqwaan. 

"Hanya dengan adanya sifat taqwa sahaja akan dapat melahirkan 
masyarakat yang bebas daripada penyakit mementingkan nilai kebendaan 
semata-mata.

"Penyakit material atau kebendaan yang dibawa oleh Umno jika 
dibiarkan berterusan akan merosakkan akidah umat Islam dan merosakkan 
masyarakat," katanya.

Hadir sama pada program itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam 
dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin 
Awang Hamat.//Hrkh  

 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke