PENGKALAN CHEPA, 12 Sept - Ketika anda bergegas ke Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra pastinya terpandang bangunan separuh siap sedang
dalam pembinaan sekarang. Kedudukan di tepi jalan utama.
Ia tidak jauh dari lapangan terbang dan berhadapan dengan Pantai
Timur Hyper Market. Itulah bangunan yang dimiliki PAS Pengkalan Chepa
setinggi empat tingkat sedang disiapkan sekarang.
Bangunan itu akan menempatkan pejabat pentadbiran PAS kawasan, bilik
mesyuarat, hostel dan enam unit kedai. Bangunan baru yang dijangka
melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta kini sudah 40 peratus siap.
Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata,
sehingga sekarang sebanyak RM400,000 telah dibelanjakan bagi membina
bangunan berkenaan.
"Biar pun kita sudah banyak berbelanja namun masih kekurangan dana
untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan ini. Oleh itu sumbangan derma
daripada orang ramai amat dialu-alukan," katanya ketika ditemui pada
majlis jamuan mengumpul dana di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Haji Yusof
Ludin, anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul
Rahman dan Adun Kijang, Dato' Husam Musa.
Oleh itu mereka yang ingin menderma bagi menyiapkan bangunan terbabit
boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB), no
akaun 3018010090388.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/