Kerajaan sedia RM200 juta bina kompleks pentadbiran MDPM, rumah 
kedai, pejabat dan kediaman dalam masa 5 tahun 

PASIR MAS: Mukim Apam dekat Jalan Pasir Mas-Rantau Ranjang di sini, 
akan dibangunkan sebagai bandar baru yang menempatkan pusat 
pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dengan kos pembangunan 
bernilai RM200 juta.

Projek mengambil masa lima tahun itu membabitkan fasa pertama seluas 
40 hektar bagi pembinaan pelbagai komponen termasuk kompleks 
pentadbiran MDPM, Pejabat Tanah dan Jajahan, rumah kedai dan pejabat 
serta kediaman.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Datuk 
Kamaruddin Mohd Zain, berkata pembangunan kawasan itu dibuat secara 
usaha sama antara MDPM dengan pemaju hartanah, Taman Semasa (M) Sdn 
Bhd.

"Projek pelbagai komponen ini bakal melahirkan bandar baru yang lebih 
indah, tersusun serta menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk 
setempat.

"Projek ini adalah projek bandar baru yang terancang pertama di 
negeri ini," katanya ketika merasmikan pelancaran prajualan perumahan 
fasa pertama projek itu, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Taman Semasa (M) Sdn Bhd, Datuk Albert Tan; 
Pengarah Eksekutifnya, Sukarno Mat Nasir dan Ketua Jajahan Pasir Mas, 
Mohd Faudzi Che Mamat.

Kamaruddin berkata, pembangunan bandar baru ini selaras dengan 
wawasan kerajaan negeri membawa perubahan, kemajuan dan pembangunan 
yang berterusan demi kebaikan rakyat Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar MDPM terus berusaha mencari 
jalan mengadakan projek yang berdaya maju secara usaha sama dengan 
syarikat swasta.

"Usaha ini perlu sebagai langkah mewujudkan majlis daerah yang 
berwibawa dan berdikari dari segi kewangan bagi membolehkannya 
memberi perkhidmatan yang lebih sempurna penduduk setempat," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) 
berkata, projek mega itu boleh menjadi model syarikat swasta lain 
dalam usaha mewujudkan pembangunan terancang bagi sesuatu kawasan 
penempatan penduduk.

Katanya, kerajaan negeri juga mahu pihak berkuasa tempatan di seluruh 
negeri ini meningkatkan tahap kebersihan bandar itu seiring dengan 
pembangunan kawasan itu.//BHarian







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke