Agensi perlu atur strategi basmi kemiskinan
GUA MUSANG: Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah diberi masa empat tahun lagi untuk sampai kemuncak bagi menilai semula keberkesanannya mengatur strategi ke arah kemiskinan sifar menjelang 2010.
Sehubungan itu, agensi terbabit perlu mengatur langkah terbaik bagi mencapai matlamat itu supaya setiap rakyat yang dikategorikan kemiskinan tegar dapat meningkatkan kehidupan mereka dan terkeluar daripada cengkaman kemiskinan.
Timbalan Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata Kelantan antara rakyat miskin tegar yang paling ramai di negara ini dan langkah mengatasinya terserah kepada agensi berkenaan.
Beliau berkata, sejauh mana agensi terbabit mengambil langkah memperbaiki taraf hidup keluarga berkenaan akan dapat dinilai menjelang 2010 sama ada berjaya atau tidak.
"Apa yang kita harapkan anggota agensi terbabit di kementerian saya bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas bagi menangani masalah itu supaya menjelang 2010 nanti terbukti berjaya," katanya pada majlis perjumpaan dengan Anggota Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di ibu pejabat agensi itu di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Kesedar, Datuk Ramzi Abdul Rahman, Pengurus Besar Kesedar, Janudin Dolah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohamad Saufi Deraman.
Zainal Abidin berkata, Kesedar adalah agensi harapan kementeriannya untuk membawa kemajuan kepada rakyat Kelantan Selatan termasuk mengatasi masalah kemiskinan tegar.
Beliau berkata, masih ada lebih 12,000 keluarga miskin tegar yang berada di negeri ini termasuk 5,200 keluarga berada di kawasan agensi berkenaan yang perlu diberi tumpuan mulai sekarang.
"Kita menaruh keyakinan 3,900 keluarga miskin tegar di kawasan berkenaan dapat dipulihkan dalam tempoh empat tahun ini dengan memberi peluang kepada mereka menyertai ladang rakyat.
"Sekurang-kurangnya mereka ada peluang mendapat pekerjaan dan memperoleh pendapatan lebih baik menerusi ladang rakyat itu berbanding pendapatan mereka yang tidak menentu ketika ini," katanya.
Katanya, 1,200 keluarga miskin lagi yang membabitkan penduduk Orang Asli tidak terbabit dalam program itu kerana ia diuruskan sendiri oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.//BHarian
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
