KOTA BAHARU, 21 Sept - Kira-kira 50,000 rakyat Malaysia berketurunan
Siam di Kelantan diminta mematuhi arahan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan sementara kunjungan ke
Thailand berikutan pergolakan di negara berkenaan.
Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan Eh Chot Eh Cha Chan
berkata ini kebanyakan mereka yang tinggal di sempadan Tumpat dan
Pasir Mas, yang sering berulang alik ke Thailand atas urusan
keluarga, perlu akur dengan arahan itu.
"Buat sementara waktu, urusan keluarga sama ada menghadiri majlis
kenduri, keuzuran dan membeli-belah, baik ditangguhkan," katanya
kepada Bernama di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib Rabu bahawa
kerajaan tidak menggalakkan rakyat negara ini mengunjungi Thailand
buat masa sekarang atas sebab-sebab keselamatan berikutan pergolakan
itu.
Eh Chot berharap pihak berkuasa Thailand dapat memulihkan segera
proses keamanan dan demokrasi di negara itu dengan segera untuk
membolehkan rakyat kedua-dua buah negara yang saling bergantungan
dalam pelbagai bidang termasuk sosial dan ekonomi meneruskan semula
kegiatan mereka.
Beliau berkata walaupun dalam situasi sekarang di kawasan sempadan
agak tenang tetapi pergerakan antara rakyat kedua-dua belah negara
berkurangan kerana masing-masing bimbang dengan keadaan keselamatan
yang tidak terjamin.
Katanya sekiranya keadaan itu berlarutan, aktiviti ekonomi di kawasan
sempadan kemungkinan akan lumpuh dan rakyat terutama di pekan-pekan
di sempadan seperti Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang mungkin
menerima kesan itu.
"Kita bimbang peniaga-peniaga di pekan berkenaan akan menutup kedai
buat sementara menunggu keadaan pulih," katanya.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/