KOTA BHARU, 24 Sept.: Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang 
juga Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Ibrahim, 43, 
(gambar) meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan ketika 
pulang dari menghadiri kenduri kenalannya di Narathiwat jam 2 pagi 
sabtu lalu.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan perkuburan Islam di kampongnya 
Guchil Bayam dekat sini selepas disembahyang diimamkan oleh Menteri 
Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, jam 9.00 pagi hari ini.

Menurut keluarga terdekat, Allahyarham Mazlan dan rakannya ke 
Narathiwat pada hari Khamis untuk menghadiri kenduri kahwin kenalan 
rapatnya di sana pada hari Jumaat.

Katanya, sekembali dari tempat kenduri 25km dari Pekan Patlon, kereta 
yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dan pembahagi jalan. 


Mazlan dan rakanya dari Thailand meninggal dunia di tempat kejadian 
pada jam 2.00 pagi hari sabtu lalu selepas terbabas dan melanggar 
pokok dan pembahagi jalan.

Menurut keluarganya lagi, rakanya yang dikenali sebagai 'Pak Da' 
terselamat dari kemalangan tersebut. Jenazahnya dituntut keluarga dan 
selamat tiba di Kota Bharu pada jam 2.00 pagi tadi.

Turut menunggu ketibaan jenazah di Pekan Rantau Panjang Dato' Husam 
Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul 
Fatah Haron dan pimpinan PAS Kelantan.

Allahyarham Mazlan meninggalkan seorang Isteri, Norizan bt Husin, 43, 
dan 9 orang anak yang berusia 18 tahun hingga 2 tahun.

Mazlan telah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Exco Kerajaan Kelantan, 
Dato' Anuar Tan Abdullah selama dua tahun.

Menurut Dato' Anuar Tan, "Mazlan seorang pekerja yang baik, amanah 
dan tidak kira masa bekerja" begitu terasa kehilangannya.

Presiden Penaja PERAKAN, Haji Che Ariffin Che Mahmood turut 
melahirkan perasaan terharunya diatas pemergian allahyarham kenalan 
rapatnya kerahmatullah.

Che Ariffin mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya' 
dan orang-orang soleh.

Katanya, bagi pihak seluruh Anak Kelantan Perantauan PERAKAN amat 
terasa kehilangan yang begitu dekat dengan kami, yang memberi nasihat 
dan tunjukajar kepada Perakan menjalankan aktiviti.

"Kami juga mengucapkan takziah kepada Norizan dan keluarganya supaya 
tabah menghadapi dugaan ini," kata Che Ariffin yang terkejut dengan 
berita kematian allahyarham.

"Kami agak terharu dan terasa kehilangan awal seorang kawan dan 
sahabat seperjuangan semenjak dikampus UKM lagi," ujar Wan Johari.

Dalam politik Allahyarham Mazlan pernah memegang jawatan sebagai Ahli 
Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Bharu, Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS 
Pusat, Bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan. 

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA PARA ANBIYA DAN SOLIHIIN... Amiiiin

SEDEKAHKAN AL FATEHAH







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke