KOTA BHARU: Lima sekolah dan kira-kira 100 rumah penduduk sekitar Kok 
Lanas di sini, rosak selepas bumbung rumah masing-masing diterbangkan 
angin dalam kejadian ribut petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu merosakkan Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) Pangkal Kalong, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh, SMK 
Agama Melor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah dekat Jalan 
Pengkalan Chepa. 

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Ismail Mohd Noor, 
berkata pihaknya meluluskan peruntukan segera kira-kira RM100,000 
kepada lima sekolah terbabit. 

"JPN memperuntukkan RM20,000 kepada setiap sekolah bagi membaik pulih 
segera bumbung dan peralatan yang rosak. Kerosakan bumbung 
menyebabkan guru dan pelajar terdedah tempias air hujan kerana 
Kelantan kini di ambang musim tengkujuh. 

"Bangunan sekolah terbabit hilang bumbung menyebabkan air memasuki 
beberapa kelas, bilik guru dan beberapa bilik kemudahan lain. Kita 
sudah mengeluarkan arahan membaik pulih segera semua sekolah itu," 
katanya selepas melawat SMK Ketereh di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan sesi pembelajaran sekolah 
terbabit tidak terjejas dengan memindahkan pelajar yang kelasnya 
terbabit kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kerosakan lima sekolah itu sedang 
dijalankan bagi mengenal pasti nilai kerosakan untuk dihantar kepada 
Kementerian Pelajaran.

Sementara itu, Ketua Penyelia Mukim Kok Lanas, Haris Noor, berkata 
kejadian ribut itu menyebabkan banyak rumah penduduk sekitar Mukim 
Kok Lanas dan Mukim Durian Hijau, rosak teruk terutama pada bahagian 
bumbung. 

"Akibat kejadian berkenaan, ramai yang terpaksa menumpang rumah jiran 
atau sanak saudara yang tidak mengalami kerosakan untuk berbuka puasa 
petang semalam," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan cuaca yang cerah mulai pagi 
semalam, membolehkan penduduk membaiki kerosakan terutama bahagian 
bumbung rumah masing-masing.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke