TUMPAT 26 Sept. - "Sampai bila bekalan gula akan cukup", itulah 
luahan hati seorang pengusaha kecil dan sederhana di Kampung Paloh di 
sini yang mengalami kerugian lebih RM33,000 sebulan sejak beberapa 
bulan lepas.

Mohamad Yusoff, 47, berkata, sejak bekalan gula berkurangan di 
pasaran sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu, kilangnya terpaksa 
ditutup bagi menunggu bekalan gula tiba dari kilang.

"Pengeluaran berkurangan kira-kira RM33,000 sebulan kerana tiada 
cukup gula," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di 
sini, hari ini.

Mohamad, merupakan pengusaha kecil dan sederhana di Kelantan yang 
mendapat bimbangan MARA dan Mardi dalam pengeluaran sos cili dan 
tomato berjenama MH Mohd itu.

Pengeluaran bulanan itu merosot 20 peratus daripada pendapatan 
sebanyak RM166,000 sebulan, katanya.

"Tahun lepas sebanyak RM2 juta dipasarkan ke seluruh negara dan 
dijangka meningkat kepada RM2.5 juta tahun ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau bimbang dengan masalah bekalan gula yang 
dihadapi itu boleh menjejaskan pengeluaran jangka panjang dan 
sekaligus menggagalkan impian untuk meningkatkan pengeluaran.

Mohamad berkata sebelum ini bekalan gula dihantar terus oleh 
pemborong ke kilang iaitu sebanyak 20 metrik tan sebulan bagi 
kegunaan dalam pembuatan pelbagai jenis sos, roti dan kek sejak lebih 
sedekad lepas.

"Sejak masalah bekalan gula ini, saya terpaksa "meredah" sendiri 
kedai ke kedai untuk mendapatkan gula bagi menampung keperluan gula 
di kilang saya," katanya.

MH Mohd, pengeluar 30 jenis sos, roti dan kek yang terbesar di 
Kelantan kini mempunyai dua kilang iaitu kilang sos di sini dan 
kilang roti dan kek di Lundang, Kota Bharu.

Kira-kira 30 orang pekerja terlibat dalam industri itu yang 
menyumbang kepada perubahan besar beliau daripada seorang kakitangan 
kerajaan biasa kepada pengusaha berjaya.

Beliau meracang membeli beberapa mesin lagi bagi menggantikan mesin 
sedia ada dan rosak.

Selain Kelantan, produknya mendapat pasaran di Terenggani, Kedah, 
Perlis dan Lembah Klang yang kini mencapai lebih RM2 juta 
setahun.//Utusan






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke