PENGKALAN CHEPA, 26 Sept - Badan Perhubungan PAS Kelantan baru-baru 
ini meraikan lebih 2,000 anggota baru di kalangan bekas-bekas ahli 
dan penyokong Umno, ekoran gelombang menyertai PAS berlaku di negeri 
ini sejak beberapa bulan lalu. 

Mereka diraikan pada majllis makan malam yang turut dihadiri 
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiap 
bekas ahli Umno yang hadir diberi hadiah sejadah dan buku mengenai 
perjuangan Islam. 

Berucap pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apabila 
menyertai perjuangan Islam bererti mereka telah bersiap diri untuk 
menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. 

"Sebagai pendokong perjuangan Islam kita akan menjadi perhatian dan 
harapan masyarakat. Tidak kurang juga yang menunggu untuk mengkritik 
dan mencari kelemahan kita. 

"Sebab itu sebagai pendokong perjuangan Islam, kita mesti istiqamah 
dalam melaksanakan tuntutan agama dalam diri dan keluarga," katanya. 

Beliau juga berharap pendokong perjuangan Islam mempersiapkan diri 
dengan ilmu, iman dan keyakinan yang jitu terhadap Islam. 

Menurutnya, ilmu dan kefahaman yang jelas terhadap perjuangan amat 
penting bagi memastikan segala halangan dan ujian dapat diharungi. 

"Walau bagaimana susah sekali pun, ujian dan halangan yang dihadapi, 
kita akan tetap dengan Islam kerana kita faham hanya Islam mampu 
menyelamatkan kita di akhirat kelak," kata beliau. 

Gelombang menyertai PAS di Kelantan tahun ini dimulakan bekas 
Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim. 
Ekoran itu, ribuan menyertai PAS di seluruh Kelantan. Malah selepas 
ini, ramai lagi termasuk bekas pemimpin Umno menyatakan hasrat 
meninggalkan perjuangan lama. 

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Jamaah Islami India , Prof 
Dr I'jjaz Ahmad Aslam berkata, tanggungjawab umat Islam ialah 
mendokong cita-cita menegak kemakrufan (kebaikan) dan mencegah 
kemungkaran biar pun di mana sahaja mereka berada. 

Kata beliau "sekiranya umat Islam ingin menjadi umat pilihan seperti 
yang dijanjikan Allah, mereka mesti sanggup melaksanakan amal makruf 
dan mencegah mungkar dalam diri dan masyarakat." 

Tambahnya, bagi mengembalikan keagungan Islam, masyarakat Muslim 
mesti tampil di tengah-tengah masyarakat bagi menunjukkan contoh 
teladan seperti yang dipamerkan Nabi Muhammad s.a.w. 

"Kita umat Islam sebenarnya sangat beruntung kerana memiliki panduan 
al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. yang mencakupi pelbagai bidang 
kehidupan," katanya. 

Menurut Dr I'jjaz, penubuhan PAS pada 1951 sebenarnya telah 
mencorakkan era baru dalam perjuangan menegakkan Islam secara 
berjamaah di negara ini. Beliau berkata, Islam sebuah agama yang 
sangat universal dan bersifat sejagat. 

Hadir sama meraikan ahli baru PAS, Timbalan Pesuruhjaya I, Dato' 
Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya III, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Takiyuddin Hassan dan Senator Wan 
Ubaidah Omar serta wakil-wakil rakyat.//Hrkh

 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke