12 masjid Parlimen Jeli dibaiki, naik taraf
Oleh Mohamed Sahidi Yusof
JELI: Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan lebih RM2 juta bagi
melaksanakan projek membina dan membaik pulih 12 masjid dalam kawasan
Parlimen Jeli akhir tahun ini.
Sebahagian besar peruntukan itu digunakan bagi pembinaan masjid baru
Kampung Seberang Jeli serta menaik taraf masjid bandar Jeli dengan
membabitkan kos masing-masing setengah juta ringgit.
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed, berkata masjid lain yang
akan dibaik pulih termasuk masjid Kampung Lubok Bongor yang menelan
belanja RM150,000; masjid Ayer Lanas (RM120,000); masjid Jedok
(RM100,000) dan RM50,000 bagi masjid Kubur Datu, Ayer Chanal, Lawang
serta Belimbing.
Beliau berkata, setakat ini pelaksanaan projek masjid berkenaan
berjalan lancar kecuali pembinaan masjid Seberang Jeli yang dijangka
dapat dimulakan awal tahun depan.
"Kebanyakan projek yang akan dilaksanakan membabitkan kerja mengubah
suai dan menambah struktur termasuk pembinaan pagar, tandas,
mengganti bumbung serta mengecat semula bangunan masjid.
"Kami akan memastikan kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan
dapat menyiapkannya selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya
selepas menyerahkan peruntukan tambahan RM10,000 bagi kerja mengecat
pagar masjid Kampung Jakar, dekat sini, baru-baru ini.
Mustapa berkata, pembangunan agama dan dakwah turut menjadi agenda
utama dalam usaha membawa Jeli menjadi bandar yang membangun
menjelang 2010.
Sehubungan itu, katanya, sejumlah peruntukan besar akan terus
disalurkan dalam bidang berkenaan dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9).
"Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat untuk meningkatkan syiar
Islam selaras dengan matlamat ke arah pembinaan tamadun masyarakat
yang maju dalam pelbagai bidang.
"Selaras dengan itu, rakyat harus menyokong segala usaha membawa
perubahan menjadikan Jeli maju dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan
datang," katanya.//BHarian 31 Okt
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/