PASIR MAS: Seorang warga emas maut, manakala suaminya cedera parah 
apabila motosikal mereka dirempuh mat rempit yang sedang berlumba di 
Kampung Gebeng, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 petang, Siti Muriam Awang Hamid, 68, mati di 
tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah kaki selepas 
tercampak ke jalan raya.

Suaminya, Che Jusoh Che Lah, 68, cedera pada badan dan kini dirawat 
di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu selepas 
dipindahkan dari Hospital Pasir Mas (HPM) selepas kejadian.

Mat rempit berusia 23 tahun yang melanggar motosikal pasangan 
terbabit turut cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di HPM. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim, berkata pasangan 
warga emas itu dalam perjalanan pulang menziarahi ibu Siti Muriam, 
Rokiah Awang, 90, di Kampung Banggol Setol.

Ketika tiba di tempat kejadian, Che Jusoh dikatakan berhenti di kiri 
jalan apabila ternampak sekumpulan pemuda bermotosikal berkumpul di 
wakaf berhampiran simpang.

"Selepas mendapati tiada kenderaan, mangsa menunggang ke kanan jalan 
untuk memasuki simpang. Tiba-tiba kumpulan mat rempit itu dikatakan 
memecut motosikal masing-masing dan seorang daripadanya merempuh 
motosikal mangsa.

"Akibat rempuhan itu, pasangan terbabit tercampak atas jalan raya. 
Mat rempit yang melanggar mereka turut terjatuh tetapi rakannya 
melarikan diri," katanya di sini, semalam.

Haliludin berkata, polis menahan mat rempit itu untuk siasatan 
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah mangsa diserahkan kepada anak lelakinya, Mohd Sattar, 43, di 
Kampung Banggol Che Dol dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi, 
semalam.

Mohd Sattar dimaklumkan oleh penduduk mengenai kemalangan yang 
menimpa ibu dan ayahnya pada jam 7.30 malam.

"Ketika tiba di tempat kejadian, hanya mayat ibu terbujur di situ. 
Bapa yang cedera bersama mat rempit yang langgar mereka sudah 
dihantar ke hospital.

"Saya merayu semua remaja bermotosikal supaya tidak berlumba di jalan 
raya kerana perbuatan mereka membahayakan keselamatan orang ramai 
yang tidak berdosa. Kini ibu saya menjadi mangsa perbuatan mereka," 
katanya.

Pada 10 Oktober lalu, seorang budak tiga tahun mati selepas dilanggar 
seorang mat rempit berusia 24 tahun ketika sedang melintas Jalan 
Sultan dekat Masjid Muhammadi di bandar ini kira-kira jam 6.45 
petang.//BHarian





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke