KOTA BAHARU, 4 Nov - Barisan Nasional (BN) Kelantan menyesali
keputusan kerajaan negeri menetapkan tarikh Persidangan Belanjawan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tahun ini hampir sama dengan
tarikh Perhimpunan Agung Umno yang bermula 13 Nov depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa
berkata sepatutnya kerajaan negeri menjadualkan sidang itu ke satu
tarikh lain kerana pemakluman Perhimpunan Agung Umno diumumkan pada
tahun lepas lagi.
"Kita dukacita dengan tindakan kerajaan negeri menetapkan tarikh
persidangan DUN hampir sama dengan tarikh Perhimpunan Agung Umno
tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Kerajaan negeri menetapkan persidangan DUN Kelantan bermula pada 8
Nov hingga 16 Nov depan manakala persidangan Agung Umno pada 13 Nov
dan berakhir pada 17 Nov ini.
Menurut Annuar pertindihan tarikh yang turut melibatkan 22 anggota BN
boleh menjejaskan persidangan DUN yang sepatutnya berjalan dalam
suasana harmoni dan demokrasi.
"Ini menampakkan seolah-olah Pas cuba mencari peluang untuk tidak
membolehkan ADUN BN menyertai persidangan yang dianggap penting itu,"
katanya.
Berikutan itu ramai ADUN BN tidak dapat hadir kerana perlu mengikuti
perhimpunan di Kuala Lumpur.
"Ucapan dasar yang dibuat oleh Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi amat penting dan setiap perwakilan perlu ada dan
mendengarnya," katanya.
"Saya perlu ke Perhimpunan Agung Umno, saya juga perlu ada di
persidangan dewan undangan negeri apatah lagi ia membabitkan titah
Sultan," katanya.
Persidangan DUN akan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 8 Nov yang
akan menyentuh semua sudut belanjawan negeri sepanjang tahun
depan.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/