KOTA BAHARU, 5 Nov - Umno Kelantan sudah memilih tiga orang, yang
akan memberi tumpuan kepada isu seperti koridor timur, pembangunan,
masyarakat dan parti, dalam membahaskan usul yang dibentangkan pada
Perhimpunan Agung Umno bermula 13 Nov ini, kata Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.
Beliau berkata mereka yang dipilih untuk berucap membahaskan tiga
usul pelajaran, ekonomi dan agama serta sosial pada perhimpunan itu
ialah Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad, Ketua Umno
Bahagian Pasir Mas Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan wakil
Pergerakan Wanita Zaliha Hussin.
Alwi yang juga anggota Parlimen Ketereh diberi mandat mengemukakan
usul menyokong ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat
Badan Perhubungan Umno Negeri di sini, Sabtu malam.
Beliau berkata Abdul Rahim yang berpengalaman luas dalam bidang
ekonomi dan perancangan akan bercakap bagi usul pendidikan dan
ekonomi.
"Manakala Ustazah Zaliha pula akan bercakap mengenai usul agama dan
sosial," katanya.
Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri yang akan turut terlibat
dengan persidangan Dewan Undangan Negeri juga bakal hadir pada
perhimpunan agung di Kuala Lumpur.
Masa akan diagih dengan baik bagi membolehkan persidangan DUN
dihadiri dan perhimpunan agung dapat diikuti, katanya.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/