GUA MUSANG: Selepas lebih 25 tahun tinggal di Kampung Dalam La dan 
Kampung Atas Bukit dalam Mukim Meranto, dekat sini, penduduk 
dikejutkan notis Jabatan Perhutanan Kelantan bahawa perkampungan 
mereka terletak dalam kawasan hutan simpan kekal.

Justeru, 170 keluarga di dua kampung berkenaan kini berada dalam 
dilema sama ada dibenarkan terus menetap di kawasan itu atau 
sebaliknya.

Begitupun, rata-rata penduduk di kampung terbabit tidak mahu 
berpindah kerana mendakwa tanah itu dibangunkan orang tua mereka dan 
ia diibaratkan sebagai tanah pusaka.

Selain itu, dakwa penduduk, tanah yang dibangunkan itu sama ada lot 
rumah atau tanah pertanian mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan 
Jajahan Gua Musang dan mereka membayar wang deposit hak milik.

Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Meranto, Azman Ismail, berkata 
penduduk menyedari mengenai perkara itu sejak awal tahun ini apabila 
tindakan Jabatan Perhutanan Kelantan meletakkan papan amaran `Sesiapa 
Menceroboh Akan Didakwa'.

Beliau berkata, papan amaran terbabit diletakkan bertentangan dengan 
tanah penduduk yang sudah mendapat geran hak milik dan diisytihar 
semula sebagai kawasan hutan simpan kekal. 

"Penduduk sudah menemui pihak pentadbir Pejabat Tanah dan Jajahan Gua 
Musang dan mendapat pengesahan memang benar tanah di situ termasuk 
dalam kawasan hutan simpan kekal. 

"Kenapa dulu tidak diberitahu dan selepas penduduk membayar deposit 
tanah serta mendapat geran hak milik baru timbul masalah berkenaan 
yang menyulitkan masa depan penduduk," katanya.

Katanya, bukan saja dua perkampungan berkenaan terbabit dalam kawasan 
hutan simpan kekal, tetapi juga membabitkan Kampung Setail yang 
menjadi penempatan asal Orang Asli, dekat Bertam.

Seorang penduduk Kampung Dalam La, Hassan Salleh, 47, berkata dia 
tidak akan pindah daripada tanah yang diduduki sejak 20 tahun lalu 
itu, walaupun berdepan risiko tindakan menceroboh.

Katanya, tanah yang diduduki serta tanah pertanian yang diusahakan di 
situ sudah mendapat geran hak milik sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak 
boleh dijual atau digadai di mana-mana institusi kewangan kerana 
halangan itu.

"Saya terkejut apabila papan amaran dipasang berdepan dengan tanah 
saya yang sudah mendapat geran hak milik.

"Macam mana terjadi sekalipun, saya tidak akan berganjak dan terus 
tinggal di situ kerana ini saja yang menjadi harapan untuk masa 
depan," katanya.

Wan Sulaiman Wan Isa, 42, dari Kampung Atas Bukit, pula berkata, dulu 
kerajaan negeri membenarkan penduduk membayar deposit bagi tanah di 
situ untuk mendapat hak milik.

Bagaimanapun, katanya, mulai awal tahun ini, pihak terbabit 
mengarahkan pula penduduk 

supaya menarik balik bayaran deposit tanah berkenaan kerana kawasan 
kampung itu terbabit dalam kawasan hutan simpan kekal.

"Tak tahulah kami dasar kerajaan negeri yang sering berubah dan 
kalaulah diambil tindakan, di mana lagi akan kami berpindah kerana 
tanah itu saja yang menjadi tempat kami mencari rezeki," katanya.

Beliau mahu kerajaan menimbangkan semula mengenai hak milik tanah 
penduduk berkenaan supaya tidak menimbulkan masalah yang boleh 
menjejaskan masa depan keluarga penduduk terbabit.//Bharian





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke