| KOTA BHARU, 7 Nov - Bagi memberi keselesaan kepada anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan membangkitkan pelbagai isu berkaitan rakyat, kerajaan negeri memanjangkan lagi tempoh persidangan bajet tahun ini. Persidangan Bajet 2007 akan diadakan mulai Khamis ini sehingga Khamis minggu depan. Dan perasmian persidangan itu diadakan esok disempurnakan oleh Sultan Kelantan. Setiausaha Dun Kelantan, Mohammed Imran Mansoor berkata, peluang lebih luas diberi kepada semua anggota Dewan untuk mengambil bahagian pada persidangan kali ini. "Dun Kelantan mahu memberi peluang yang lebih terbuka kepada anggota-anggota Dewan. Berdasarkan kepada rekod tempoh masa persidangan di Kelantan lebih lama berbanding sesetengah negeri lain termasuk Terengganu.
"Malah ada juga negeri yang mengadakan persidangan sehingga dua minggu seperti di Johor. Namun standard yang diguna pakai di Kelantan dianggap normal," katanya pada sidang media dan taklimat kepada wartawan di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang ini. Menurutnya, tempoh persidangan bajet ditambah sehari tahun ini menjadikan enam hari berbanding lima hari sebelum ini. Persidangan kali ini juga dianggap menarik terutamanya membincangkan Rancangan Malaysia Ke Sembilan. Bagaimanapun tarikh persidangan itu bertembung dengan tarikh Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada 13 hingga 17 November ini. "Tarikh persidangan Dun Kelantan ini sebenarnya telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan," tambahnya. Bagaimanapun Mohammed Imran menjangka tidak ramai wakil-wakil rakyat Umno yang menyertai perhimpunan tersebut
memandangkan sebahagian mereka bukan pemimpin utama peringkat bahagian. Persidangan Dun kali ini juga mencatat sejarah apabila kerajaan menyediakan tempat khas bagi petugas-petugas media untuk membuat liputan iaitu di Bilik Gerakan Negeri yang terletak di bahagian bawah Dun. Bilik operasi itu disediakan dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi dan ruang yang lebih luas. Siaran langsung persidangan Dun akan disiarkan melalui melalui laman web http://www.kelantan.tv. //Hrkh |
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
