TUMPAT: Kira-kira 6,000 masyarakat berketurunan Siam berhimpun di Wat 
Philulthong Vavaram, Kampung Terbak di sini, malam kelmarin bagi 
merayakan Perayaan Loy Krathong untuk memperingati dewa air.

Sambutan itu yang bermula jam 8.45 malam itu diserikan dengan 
persembahan kebudayaan dan kesenian masyarakat Siam termasuk tarian 
gedombak panjang, tarian loy krathong dan menora.

Perayaan itu disambut pada hari kelima belas bulan purnama dan jatuh 
pada bulan dua belas mengikut kalendar Siam, untuk memperingati dewa 
air kerana menganugerahkan pelbagai nikmat daripada sumber bumi itu 
termasuk faedah untuk tanaman. 

Kemuncak perayaan itu ialah melepaskan krathong atau bunga teratai 
yang diperbuat daripada kertas atau daun pisang ke dalam kolam. 
Sambutan itu dirasmikan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga 
Pengerusi Majlis Kemajuan Kelantan, Datuk Seri Anuar Musa.

Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian 
Pelancongan, Abdul Ghaffar A Tambi dan Pengerusi Persatuan Masyarakat 
Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan.//BHarian




 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke