satu perkembangan yg baik kalau semua pihak ingin bekerjasama 
termasuk dalam semua hal tanpa mengira sempadan politik

suatu masa dahulu kecoh kerana PDRM tidak boleh membantu kerajaan 
negeri pimpinan pembangkang dalam melaksanakan hukum hudud, qisas dan 
takzir kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu gerakan 
> membanteras ajaran sesat al-Arqam yang dipercayai cuba dihidupkan 
> menerusi kegiatan pertubuhan Rufaqa' jika jabatan agama Islam 
setiap 
> negeri memerlukan bantuan.
> 
> Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz, berkata 
> polis bersedia menghulurkan bantuan kepada penguat kuasa agama pada 
> bila-bila masa yang diperlukan.
> 
> "Setakat ini, soal itu dikendalikan jabatan agama Islam yang 
> mengambil tindakan mengikut bidang kuasa mereka. Kalau dirujuk 
untuk 
> bantuan, kita akan membantu mengambil tindakan.
> 
> "Setakat ini, (melalui saya) tiada bantuan yang diminta, tak 
tahulah 
> kalau dibuat terus menerusi ketua saya (Ketua Polis Negara, Tan Sri 
> Musa Hassan)," katanya.
> 
> Beliau memberitahu demikian selepas taklimat bersama pegawai Polis 
> Kelantan sempena lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) 
> Kelantan di sini, semalam. Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk 
> Zulkifli Abdullah.
> 
> Mohd Najib mengulas laporan mengenai amalan bekas ahli al-Arqam 
yang 
> kini menyertai pertubuhan Rufaqa' yang didakwa lebih menyesatkan 
dan 
> bahaya daripada al-Arqam yang diharamkan pada 1994.
> 
> Pada 1994, selain Jakim dan jabatan agama negeri, polis memainkan 
> peranan penting melumpuhkan ajaran sesat al-Arqam diketuai Ashaari 
> Muhammad, yang turut ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 
> (ISA) pada 1994.
> 
> Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Ehwal Agama 
Islam 
> Kelantan (JHEAIK), Mohamad Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pemantauan 
> setakat ini mendapati ahli pertubuhan Rufaqa' negeri ini tertumpu 
> kepada perniagaan.
> 
> "Kegiatan mereka lebih tertumpu di pantai barat Semenanjung dan 
tiada 
> sebarang perkembangan membimbangkan di negeri ini seperti berlaku 
di 
> Selangor.
> 
> "Di sini, mereka hanya bertumpu kepada perniagaan, belum 
membabitkan 
> aspek lain termasuk menambah ahli baru. Kita akan mengambil 
tindakan 
> sewajarnya jika mengesan sebarang kegiatan yang mencurigakan," 
> katanya.//BHarian
>


Kirim email ke