masalah penghijrahan belia kelantan bukan perkara baru, malahan 
menjadi isu dan telah dibahaskan sejak sekian lama oleh kerajaan 
negeri pimpinan PAS/UMNO/BN, pertubuhan NGO dan pemimpin politik

Ketiadaan peluang pekerjaan bukan faktor utama dan bukan segalanya 
menyebabkan belia berhijrah, bahkan kalau lihat laporan peluang 
pekerjaan dari jabatan buruh dan laporan yg berkaitan membuktikan 
sebaliknya bahawa kelantan masih banyak peluang pekerjaan yg tidak 
diisi

Hal ini perlu dilihat secara menyeluruh, faktor sikap dan tradisi 
masyarakat Kelantan sejak dahulu memainkan peranan penting...

bandingan bekerja di Kelantan dgn gaji sekitar RM800 boleh memiliki 
kereta dgn bekerja di Lembah Klang bergaji melebihi seribu namun 
belum belum tentu boleh memiliki kereta perlu diambil kira...

Saya sendiri pernah merantau dan bekerja di S'pore..walhal saya tidak 
pernah mencari peluang kerja di Kelantan...

  

--- In [email protected], "Syed" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Sebagai respons pada masalah ini, saya diberitakan memang banyak 
pelabur nak
> masuk ke kelantan tetapi disekat oleh pusat. Ini kerana setiap 
pelaburan
> asing perlu mendapat kelulusan kementerian2 tertentu. Itu pasal lah 
ramai
> warga kelantan berhijrah untuk mendapat pekerjaan di luar kelantan. 
Namun
> ini bukanlah perkara baru. Saya sendiri berhijrah ke Kuala Lumpur 
pada tahun
> 1989. waktu masih dibawah pemerintahan BN. Selain dari itu, pd 
tahun 80an,
> ramai warga kelantan mencari pekerjaan di Singapura termasuklah 2 
orang
> abang saya. 
> 
>  
> 
>   _____  
> 
> From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On 
Behalf Of
> abuhafizd
> Sent: Wednesday, December 13, 2006 1:31 PM
> To: [email protected]
> Subject: [perakan] 3,000 belia Gua Musang berhijrah kerana tiada 
peluang
> kerja?
> 
>  
> 
> GUA MUSANG: Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan mengotakan janji 
membawa 
> pelabur membuka pelbagai kilang di sini, menyebabkan lebih 3,000 
> belia jajahan ini terpaksa berhijrah keluar mencari pekerjaan.
> 
> Ketika pelancaran 10 tahun lalu, kerajaan negeri mencanangkan 
> pembinaan kilang simen terbesar di negara ini, berhampiran Ladang 
> Chin Teck di sini, yang menyediakan pekerjaan kepada ribuan belia 
> tempatan.
> 
> Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohamad Saufi Deraman, 
> berkata namun projek kilang itu terus tertangguh hingga kini 
walaupun 
> lokasi yang dicadangkan memang strategik.
> 
> "Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan dalam urusan pelabur 
asing 
> menanam modal di negeri ini kerana usaha itu dijalankan secara 
> usahasama dengan kerajaan negeri sendiri. 
> 
> "Daripada impian bekerja kilang di tempat sendiri, akhirnya anak-
anak 
> tempatan ini terpaksa berhijrah keluar selepas janji kerajaan 
negeri 
> hingga kini tidak menampakkan tanda mampu dipenuhi," katanya.
> 
> Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan majlis 
> penutup Perkhemahan Bekas Penagih Dadah yang berlangsung di Taman 
> Etnobotani, dekat sini, semalam.
> 
> Seramai 100 bekas penagih dadah seluruh Kelantan menyertai 
> perkhemahan anjuran Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Negeri Kelantan 
> selama tiga hari berakhir semalam.
> 
> Mohamad Saufi berkata, kerajaan negeri patut mengambil langkah 
> proaktif mengatasi pengangguran belia negeri ini yang semakin 
> bertambah setiap tahun dengan menarik lebih banyak pelabur membuka 
> kilang di Kelantan.
> 
> "Dengan hanya membangunkan sektor perladangan menerusi agensi 
> kerajaan negeri, ia tidak upaya mengatasi pengangguran belia 
> disebabkan pertanian bukan bidang yang diminati mereka.
> 
> "Lagi pun, kebanyakan pengusaha ladang kini lebih berminat 
mengambil 
> buruh asing sebagai pekerja kerana kadar bayaran upah yang rendah," 
> katanya.
> 
> Mohamad Saufi yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang 
> berkata, peluang pekerjaan yang terhad menimbulkan banyak gejala 
> sosial termasuk penagihan dadah dan jenayah.
> 
> "Kalau boleh kita tidak mahu lebih ramai belia negeri ini berhijrah 
> ke luar Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan, tetapi nampaknya 
> kerajaan negeri tidak memberi pembelaan ke arah mengatasi masalah 
> itu," katanya.//BHarian
>


Kirim email ke