GUA MUSANG: Tiga puluh keluarga di perumahan Majlis Daerah Gua Musang 
(MFGM) di tepi Sungai Ketil, dekat sini, kerugian beribu ringgit 
apabila pelbagai peralatan elektrik di rumah mereka terbakar, pagi 
semalam.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada lebihan arus akibat satu 
daripada dua dawai elektrik yang bersambung ke kediaman mereka 
terputus terkena jengkaut.

Berikutan itu, penghuni kediaman terbabit membuat laporan polis kira-
kira jam 2 petang, semalam.

Kebanyakan perkakas elektrik yang rosak itu termasuk periuk nasi, 
kipas angin, mesin basuh, suis utama, televisyen dan sistem antikilat 
yang dipasang pada setiap rumah.

Seorang penghuni di perumahan di situ, Azmi Harun, 50, berkata 
kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika isterinya, Norida 
Ibrahim, 41, sedang memasak nasi dan tiba-tiba periuk elektrik 
berasap.//BHarian


Kirim email ke